Daisypath Graduation tickers

28.1.11

Roh kita pun perlu makanan

Roh kita kerana berada di alam malakut,tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita. Roh adalah sebahagian dari diri kita. Ia hanya dapat dilihat dengan mata batin kita.Ada sebahagian manusia yang dapat melihat roh dirinya atau orang lain. mereka dapat melihat ke alam malakut. kemampuan itu diperoleh kerana mereka sudah melatih mata batinnya dengan riyadhah kerohanian atau kerana anugerah Allah (al-mawahib al-rabbaniyyah).para nabi,para wali dan orang-orang soleh seringkali mendapat kesempatan melihat ke alam malakut itu. makanan roh seperti tubuh juga yang terdapat dalam berbagai keadaan. Imam Ali kw berkata 'sesungguhnya tubuh mengalami enam keadaan
1)sihat
2)sakit
3)mati
4)hidup
5)tidur
6)bangun

demikian pula roh, hidupnya adalah ilmunya

matinya adalah kebodohannya

sakitnya adalah keraguannya 

sihatnya adalah keyakinannya

tidurnya adalah kelalaiannya

bagunnya adalah penjagaannya.'(BiharAl-Anwar 61:40)

seperti tubuh,roh pon memerlukan makanan.Mulla Shadra tidak menyebutnya makanan.Ia menyebutnya rezeki. Ia berkata, 'setiap yang hidup perlu rezeki dan rezeki arwah adalah cahaya-cahaya ilahiah dan ilmu-ilmu rabbaniah.' (Mafatih Al-Ghaib 545)
Untuk meningkatkan kualitis roh supaya ia sihat dan kuat,kita perlu memberikan kepadanya cahaya-cahaya ilahiah dalam bentuk zikir,doa dan ibadah lainnya seperti solat,puasa dan haji.

SOURCE=perkongsian DARI artikel AN-NUR.

Abdullah bin Mas'ud berkata,Rasullullah s.a.w bersabda."Tidak ada seorang Islam yang ditimpa sesuatu menyakiti iaitu penyakit atau lainnya, melainkan ALLAH gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya,sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musim tertentu)."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


2 comments:

  1. Ruh ~ kerehatan adalah musuhnya
    Dakwah adalah kekasihnya ...

    muharrikdaie~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

    ReplyDelete
  2. muharrikdaie= insyaallah teruskan membina baitul dakwah.moga ALLAH memberkati.

    ReplyDelete