hari ni,baru hari pertama start kelas di uia,pj.tapi malangnya saya kurang sihat.muntah,sakit perut dan sebagainya.
mm..selamatlah eap dapat siapkan waktu cuti seminggu hari tu.jadi balik uia dengan hati yang berbunga sebab dah siap research..tinggal abstract dengan reference je..alhamdulillah ALLAH permudahkan...
malam ni jugak ustaz syaari bagi talk tentang golden era of islam kot..macam tulah tajuknya lebih kurang.
disebabkan pening2 sikit,saya pon tak pergi, tapi roomate pergi,dia pon cerita la balik pasai talk ustaz..
um memang rugi siapa tak dengar talk ustaz syaari tentang sultan MUHAMMAD AL-FATEH.
talk ustaz dari tahun 2009 mesti ada selit-selit tentang AL-FATEH..
dari tahun 2009,saya terpikat dengan nama al-fateh.. pemimpin islam yang sangat-sangat bersemangat..
daripada zaman kejatuhan islam,akhirnya islam menguasai 2 per 3 dunia..
beliau adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya juga adalah sebaik-baik tentera..
dari kecil,beliau diajar untuk memahami sejarah, terutama tentang sejarah islam, dari situ beliau dididik untuk menjadi pemimpin yang baik dan gurunya pula pernah rotan tanpa sebarang sebab...
apabila al-fateh bertanyakan kenapa dia dirotan...
gurunya menjawab tiada sebab..
cuma ingin membuatkan al-fateh rasa macam mana seorang rakyat rasa apabila diseksa tanpa sebab..
apabila ingin mengimamkan sembahyang, soalan dikemukakan kepada tentera-tenteranya..
siapakah yang tidak pernah tinggal solat tahajud? siapakah yang tidak pernah tinggalkan solat berjemaah? siapakah yang tidak pernah tinggal solat rawatib?
maka tiada siapa yang mengaku...
lalu beliaulah yang mengimamkan solat hajat ketika ingin menawan contantinople..
beliau khatam al-quran sejak kecil dan telah ditanam sejak kecik 3 faktor iaitu
IQ, contonya menguasai tujuh bahasa..
EQ(emotional),=diditanam sifat-sifat positif untuk menjadi pemimpin yang baik seperti think positif, burning desire, empati..
dan SQ(spiritual)..selepas berdoa mengharapkan kemenangan dari ALLAH, hanya tinggal tawakal sahaja..
beliau juga pernah test tentera-tenteranya.. adakah mereka sebaik-baik tentera?? untuk menawan constantinople kota yang kebal bukannya senang,
maka diarahkan terntera-tenteranya itu untuk mencarikannya buah anggur sebagai ubat..
lalu apabila tenteranya terjumpa sebuah ladang anggur, tetapi ianya probability ladang itu bukan milik orang islam adalah tinggi...
hampir sahaja mereka ingin setuju untuk ambil..
tetapi disebabkan SQ yang tinggi kerana tidak tahu ladang itu kepunyaan siapa...
maka mereka tidak mengambilnya...
nabi pernah bersabda.
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh.
blog ni cerita dia lebih mendalam tentang MUHAMMAD AL-FATEH
http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com/2010/04/muhammad-al-fateh-sebaik-baik-pemimpin.html
salam
ReplyDeleteMuhammad Al fateh is one of my inspiration.he's cool~
waalaikumusalam...
ReplyDeleteyup..same with me~