Daisypath Graduation tickers

5.4.11

kelas UNNGS best! uia best...

salam semua,
hari ni hari first untuk kelas UNGGS..
UNGGS ni macam kelas fardu ain.

"menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim"
daripada hadith ni,ilmu itu merujuk kepada ilmu yang mendekatkan lagi kita kepada Allah.

alhamdulillah saya suka sangat kelas ni, dr.latif or ustaz atif sangat best! setiap kali penerangan banyak sangat example dia bagi, cerita tentang imam ghazali, sejarah orang yang baru convert islam, macam-macamlah.dan dia suka selitkan lawak-lawak dia.so,takdela mengantuk sangat.

mungkin inilah hikmahnya kenapa orang asyik tanya amalina kenapa tak fly,study oversea.
fuh,sedih betoi dengar soalan macam tu,memang takdek rezeki dan saya dapat jawapannya. UIA adalah tempat yang terbaik untuk saya. bila kita tersasar sikit dengan perkara lagho-lagho ada sahaja kata-kata dan nasihat yang boleh kita dengar dari ustaz-ustazah and penceramah-penceramah yang datang. alhamdulillah,sesungguhnya kita kena sentiasa dekat dengan orang yang soleh-soleh ni,untuk jadi solehah.

dulu waktu spm,tak terlintas langsung saya nak jadi dokter.saya memang aim nak tinggalkan subject biology yang kena afal nama scientific belambak-lambak...huhu bila start je nak afal words yang tak familiar lagi,saya akan tension. saya rasa lebih baik afal al-quran daripada afal benda-benda macam ni. tulah Allah dah tetapkan qadak saya di luh mahfuz untuk teruskan pelajaran biology ini.

dokter ni besar tanggungjawab dia. kerja pun memang penat.saya fikir mampu ke saya nak uruskan masa nanti? tapi semua orang cakap benda sama,"amal boleh punya".

ok,sambungan kelas UNNGS.
ada satu kelas ni lecturer perempuan dari negara arab.jadi lecturer ni cakap english tapi students tak faham apa yang dia sampaikan. jadi lecturer ni pun EXPLAIN DALAM  arab.semua orang pun, haaa,...???tenganga la..
"you don't understand?so how you read al-quran.."
mereka pun kata kan ada translation.
tapi berapa kerat je kita ni yang faham betul-betul setiap kalam ALLAH tu.sedih kan?muka lecturer tu pun sedih... =(
orang sekarang ni,asyik nak belajar english je.english lebih utama kalau tak dalam profession orang tak pandang kita.em,yeke?

orang barat dah berjaya dah buat kita tak faham al-quran. dulu orang islam kuat aqidahnya sebab quran di hati mereka.tapi macam mana? kan Allah kata,Allah permudahkan kita dengan faham al-quran kerana kitab itu dalam bahasa arab.

"Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham." (43:3)
"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui," (41:3).

maka orang barat ni pun dah rancang dengan buang segala apa benda yang related to arab. jadi berjayalah misi mereka supaya al-quran susah untuk kita fahami dan jauh dari hati kita. nauzubillah.

nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita berpegang kepada AL-QURAN DAN ASSUNNAH nescaya kita tidaka akan sesat. maka walau sebusy mana pun saya dan kita semua,janganlah tinggalkan al-quran dan assunnah.

kata imam syafie(SUMBER)

"Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu."

Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh Jiwa, Hasil
fikirannya bak mutiara.

Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat
kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu,
orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, Kedua-duanya adalah untuk menegakkan
kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan
kesombongan dan kebanggaan.

Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, Ertinya ilmu dan
amal itu tiada nilainya di sisi Allah dan manusia.

Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, Ia
sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, Tetapi
sangat sukar untuk kita nampak akan adanya.

Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, Membawa ilmu menyenangkan
jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, Jikalau diberikan kepada orang ia
akan bertambah, Tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, Begitulah orang yang
berilmu apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.

Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.

Biar sedikit cakap, banyak amalan,
Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan kesepakatan,
Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Buah akal ialah ilmu pengetahuan,
Buah jiwa atau hati ialah iman,
Buah Fizikal ialah kemajuan,
Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.

Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti,
Alim hati, kurang bercakap, banyak berbakti,
Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.



p/s= selalunya setiap kali kita dapat ilmu kita kena kongsi walaupun sepotong ayat. tapi,saya tak pulak kongsi sepunuhnya.jadi,insyaallah lepas ni saya akan kongsi walaupun sedikit,moga ini diterima Allah sebagai saham akhirat kelak .amin

jom baca kisah ni  blog dr.faizal  klik klik klik!!! hehe time kasih...sekian wassalam

No comments:

Post a Comment