Daisypath Graduation tickers

7.11.10

nak tau macam mana kemunculan dajal dan kesannya?jom!

Sahabat-sahabatku… Renungan untuk kite kongsi bersama.. Semoga Allah lindungi kite semue. Amin..
Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : “Sebarkanlah walau seayat.”

5.11.10

cosmetic surgery and plastic surgery

setiap makhluk ciptaan Allah ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..
manusia selalu inginkan yang terbaik.
tapi jangan sampai mengubah hukum Allah..
kalau kita jumpa orang cantik, handsome mesti kita teruja..
tapi jangan sampai kita terlampau memuji mereka..
sebaliknya kita sepatutnya mengucap subhannallah..
semua kecantikan itu datang dari Allah..

plastic surgery?
kenapa perlunya dia?

um...perlu sekiranya..
kalau kita terdesak dan perkara tu boleh bawa maut
maka plastic surgery itu dibenarkan..
wallahualam

cosmetic surgery?
istilah yang berbeza..
walau cantik mana pun orang itu,kalau ditakdirkan Allah..
nikmat tu sekelip mata sahaja boleh hilang..
hang mioku before surgery

akhirnya,


jom sama-sama kita cantikkan diri kita dari dalam.
moga Allah memudahkan kita untuk ke arah kebaikan.amin

EAP= english amat payah?

salam semua!

malam ni dengan penuh keazaman akan berhari raya dengan assingment EAP...
ok..masih mencari tajuk..banyak sgt dah tajuk ni
 tapi semuanya mcam tak berkenan...
sebelum ni nak buat pasai claxane vs heparin untuk anticoagulation...
tapi fakta2 dia mengelirukan sikit.... adakah claxane n heparin dua2 nya tak halal???
so..reject jelah..

um..pasai organ transplant?
adoi madam nak interesting tahap dewa punya...
tajuk ni kan dah common..
mampukah saya nak buat madam teruja..
umphh..lupakan...

pasai euthanasia?plastic surgery...wah 
huhu banyakkan?tapi semuanya saya tak jatuh cinta..

ha...teringat anak buahku syazwani dia minum susu fomula..
baca surat khabar...susu  fomula  boleh mengemukkan n penyebab masalah jantung..
bila bagitau kakak ipar dia tak nak caya..
buat research pasai ni la..

tapi....hafizatul solehah punya tajuk lah!!haha
nanti bentangkan kat kak ipar saya ye...


honey?kalau ni takut common sgt so crk lagi dalam2 mesti madam approve kalau dah narrow kan tajuk ni..
tak pelah..
 tolong2 doakan saya dapat buat terbaik!!!!

31.10.10

award terima kasih sensei


1. Thank the person who gave you the award and the link of the person :
ok...first time dapat....tapi award dia tak real lah...takleh nak simpan dalam almari...huhu pape pon terima kasih wahai syazwan shahdan...

2. Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome :
 pn mahadiah
wan zeyda
anati
fatin atiyah
siti hajar
dira
nik alya
kak syaal
kak hazirah didi
faiqah 
fifi
amira akmal
cik mud 
aiman atiqah
atiqah hanis
 

3. Tell 7 things about yourself :

saya sayang Allah
saya sayang Rasullullah s.a.w
pelajar di cfs iium
insyaAllah nak sambung medic kat UIA,kuantan
sedang bertungkus lumus nak siapkan EAP research
sukakan mathematics(kira-kira)
saya sayang keluarga saya!mak ayah i love u..





27.10.10

culture shock....

sekarang sem baru bermula...
nak tau jadual saya?
dalam seminggu ada kelas 3 hari sahaja...
sehari kelas paling lama selama 3 setengah jam..

best kan?
tapi...
takutla..masuk main campus nanti orang kata ikut sistem blok..
dalam 1 sem ada 2 blok...
dalam 1blok pulak kena amik 5subjek...

kan haru tu..
takpelah..doakan untuk saya dapat ambil subjek UNGS sem ni...
nanti tak payah buat short sem..
boleh cuti lamaaaaaaaaaa..............
masuk main campus dengan SEMANGAT BARU!!!!!
gamba hiasan semata-mata...

24.10.10

andai aku mati

andai aku mati,
aku ingin mati dalam Islam.
ashadu an la ilahaillallah wa ashadu anna muhammadarasullullah..

andai aku mati,
aku ingin mati dalam keadaan beriman.
ya Allah,Kau ampunilah dosa-dosaku dan terimalah taubatku..

andai aku mati,
aku ingin mati tanpa kederhakaan terhadap orang tuaku.
mak ayah ampunkan dosa-dosaku dan redhailah diriku...

andai aku mati,
aku ingin mati tanpa sebarang pertelingkahan dan permusuhan.
maafkanlah aku teman aku hanya insan biasa..

andai aku mati,
aku ingin mati tanpa sebarang hutang.
halalkanlah segala apa yang ada padaku dari dirimu..

andai aku mati,
aku ingin mati dalam keadaan tenang.
janganlah kau meratapiku dan susulilah aku dengan doamu..

andai aku mati,
aku ingin mati dengan meninggalkan wasiat.
tunaikanlah wasiatku sebagai amanah yang terakhir..

andai aku mati,
aku ingin mati dengan kegembiraan untuk bernemu Tuhan Yang Esa..
 maafkanlah diriku yang hina ini danrelakanlah pemergianku..

moga kita semua dipertemukan di dalam syurga kelak....amin

23.10.10

cuba baca....

Walau bagaimana besar sekalipun darjatmu di dunia ini,
satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.

sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini,
satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.

walau banyak manapun ketawamu di muka bumi ini,
satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.

sebagaimna kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram,
satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.

walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul,
satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masukke perut bumi.

walau bagaimana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini,
satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.

walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur di atas muka bumi ini,
satu hari nanti kamu tetap akan dihina didalam perut bumi.

walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini,
satu hari nanti kamu akan tetap keseorangan.

21.10.10

saya pernah fail..

sedih kan kalau fail dalam exam..macam-macam jenis exam ada...exam nak masuk mrsm..exam spm,exam nak naik pangkat,..saya pernah rasa kot fail dalam exam ni..memang teruklah kena marah.. bukan apa sebab exam ni melibatkan duit..ish3 membazir duit mak bapak je.. nanges tak tentu pasal jadinya...tapi apa yang penting??exam paling besar sekali iaitu hidup kat dunia ni...(ingat tu amalina!)kalau fail neraka jawabnya(nauzubillah)...kalau pass,gembira besarlah orang-orang itu....(syurga baginya)

tapi.....kalau fail waktu midsem form4 memang tak menangis pon..haha lumrah alam..sebab apa?usaha pon takde redha jela..tak habis jawab exam lagi dah lentok habis...(zaapp!!!!kena penampar dari belakang oleh miss vas)haha boleh dikatakan satu kelas yang tido sebab tak gety jawab..maklumlah kami masih freshy lagi waktu form 4...

setiap pagi bertungkus lumus,gosok gigi,mandi,siap-siap,makan..tunggu orang ambik..(eh macam orang tu je yang selalu kena tunggu)...sampailah ke tempat belajar...HARMONI sungguh temapat pembelajaran tu..start dari tak tau ape-ape langsung...selama beberapa jam sahaja proses pembelajaran(tak ingat la pulak brape jam),onak duri liku yang dilalui..maka exam pon tiba...

saya pon tunggu....

dan terus menunggu.....

...
......
..........
..............
..................
.......................

aishhh bile nak start exam ni???
zaaaappp!!!!!!!!!!!!rupenya salah tempat peperiksaan...
dan seorang cikgu ni memarahi saya sambil berjalan menuju ke tempat sepatutnya...
semua orang muka bengis.....
...
....
......
.......
..........
tapi masih diberi peluang untuk ambil exam itu...sungguh lucky bukan?
umm..exam ape ni??
exam bermula....
gabra...tension..sedih...mengantok..semua ada bila dah kena marah....huhu

perjuangan baru nak bermula....
zazzzz.......
...
......
..........
tergelincir ke belakang...
belum mula lagi dah fail!!!!!!!!!!!!!
sedih tak terkata....
selama ni,latihan demi latihan semuanya well done...
tapi exam sebenar.....fail..
sedih tak cerita ni??(aishh feelin sorang2)


pengajarannya=sebelum exam bertenang baca selawat banyak2,yang penting preparation perlu ada kalau nak expect flying colours...

kesudahannya....saya call ayah
"ayah...fail...(air mata mengalir laju)" ,tak sempat nak sambung dah teresak-esak...aishhh dah tak malu dah dengan orang yang dok tengok-tengok...

ok panjangnya...sambung esoklah..~!!!!!

jap..
nak tau ke kisah selanjutnya???
kalau nak cakap tau......saya sedia mengepost cerita selanjutnya......

.



man jadda wajada..
ok..alhamdulillah dapat jugek post..
um..tapi tak best sebab ni old editor..takleh nak potong-potong kalau cakap sorang-sorang..
yang updated editor tu macam merajuk je..tak pelah asalkan dapat sambung cerita kan???

disebabkan cerita ni sedih kita pasang lagu korea sedih-sedih ok?

jap-jap hari ni hari jumaat..pakai baju baru-baru wangi-wangi ye...
have a good day...don't make any sins today...caiyok!!!!!
lagi 1,selawat 100 kali...banyak2 kali pon takpe...

sambungan cerita post sebelum ni...(anda dilarang baca post ni jika dibawah umur)
nak baca jugak??baca post
sebelum ni dulu ok???klik kat purple tu...

ok kita tuka nama exam tu kepada test eh...baru nampak tak besar sangat exam dia...huhu

ps=wan zeyda...sori padam comment nanti tak surprise!!!hehe dah betol dah tu...sshhhhh...
sabar-sabar cerita tak habis....


bila dah habis test 1, test ke-2 pon tiba....
sambil teresak-esak...cover balik muka buat-buat tak nanges...
but then,sorok macam mana pon nampak ok...sebab ni nanges tahap tak malu punya..hahah

pengawas periksa=kenapa awak nages?

budak nanges=tak dek pape...(ai,selamat yang ni tak garang)

pengawas periksa=cuba cakap dengan saya,awak nak lulus ke tak nak...

budak nanges=oh takder, tadi test 1 saya fail...(amboi,sunghee haty je nak fail kan orang...)

pengawas periksa=dah-dah tak yah nanges,disebabkan awak tengah sedih sekarang,awak boleh
pilih nak 'soalan' mana yang awak nak untuk test 2 ni...


ok,perbualan ni sebenarnya panjang lagi...buat pendek-pendek je(orang malas,jangan jadi macam saya =p )

wah,bagus-bagus....dapat pilih ni yang best nih,saya pon pilih 'soalan' yang senang...
peluang jangan dilepaskan,asalkan LULUS!!!!!!

test..punya test....cube teka ni test apa sebenarnya?????
.............
....................
...............................

.............................................
..............................................................


pengawas periksa=awak ni,bawak macam apa taw,macam sepasang kekasih yang
sentimental tengah bercinta-cinta gitu...cuba bawak laju sikit.....

budak nanges=(diam je tanpa mengikut arahan,)


orang kata.....jalan kampung mana boleh bawak laju-laju nanti fail wohh walaupon disuruh..
dia nak test kita je tu...dapat tips???

pengawas periksa=aishh mengantok la saya...(dia membebel....ok layan je...i don't want repeat again this test)

ok rasanya dapat tangkap kot test apa yang saya fail ni??heheh

ok....BERJAYA!!!!! enjin tak mati...dan sampai ke tempat permulaan balik....
cikgu yang marah-marah tu pon menyambut kepulanganku...dia tengok kertas...(oh,lulus budak nanges ni) mesti dia rasa bersalah buat i menangis......haha apa-apa jela asalkan ni lulus...

then TEST 1 tu sebenarnya test dalam litar..macam bukit..parking...3penjuru..
so,baru nak mula dah tergelincir kat bukit...sedih kan???

balik rumah...kalau fail mesti kena marah..betol tak..tapi ni tambah terkilan sebab kena bayar rm 180 untuk repeat test...sedih3...tragis...

REPEAT TEST=MUMTAZ...!!!!!!!
(jangan harap nak repeat lagi)trauma kot....haha

ps=tapi masih ada lagi kawan-kawanku yang pernah repeat sampai 3 kali..mesti lagi sedih kan...

ok.ada situasi ni dimana si A fail test 2=luar litar)
dah start jalan...cantik je...dah jauh dah...tiba-tiba dia terjerit.. ''ALAMAK!!!!!''

jpj tu pon tanya kenapa???

''TAK PAKAI TALI PINGGANG....''

sangat berterus terang...(jpj tu pon tak perasan dia tak pakai,siap dah lepas jalan kot)kalau tak pakai tali pinggang teros FAIL ok..hehe jadi yang belum ambil test jpj ni...ingat betul2 ye...



kami yang rajin ini telah selamat jalan kaki n bermain di pantai....mereka-mereka ini pula sangat rajin  bawa kereta maka kereta pon tersangkut.....

kereta= milik nenek si A.....
driver= not me (orang yang takde lesen bawak)
penumpang=seramai
8orang(semua orang akan pandang kereta ini...mungkin mereka berkata
                     
''ini kereta gen2 ke kereta nisan??"
lokasi=pantai kuantan
masa=selepas spm

THE END~

kalau fail mesti ada hikmahnya...jangan putus asa dan terus berdoa...kejayaan pasti milikmu di dunia dan akhirat amin....

20.10.10

kemaafanku pinta~

sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akahirat kelak. (Riwayat At-Tabrani. Albani : Dhoif)