kenapa nak jadi doktor?
(ada kaitan dengan saya)
http://saifulislam.com/?p=402
kenapa kahwin awal?
(tak ada kaitan ye,saja nak kongsi =p sekian)
http://niqobgirl.blogspot.com/2010/11/perkongsian-kahwin-muda.html
16.11.10
rasulullah s.a.w
ar-rumaisa
“Hanim, esok Maulud Nabi.”
Perasaan yang mula-mula hadir ketika aku mendengar perkara itu dari seorang sahabat, ialah sedih. Entahlah, hati serta-merta menjadi sayu. Airmata terasa bergenang.
.
Aku teringat kepadanya. Nabiku..
رَضِيْتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِْسْلاَمِ دِيْنًا وَبِحَمَّدٍ نَبِيًا وَ رَسُوْلاً
“Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku dan Rasulku.”
.
Ya, jika ada antara kita yang terlupa, maka izinkanku mengingatkan. Aku ada seorang Nabi… Allah yang beri. Allah telah mengurniakanku seorang Nabi untuk aku taati. Dan Nabi itu telah bersusah-payah, mengorbankan seluruh hidupnya untukku. Nabi itu telah menderita, terseksa, menahan cacian makian, lapar dan dahaga, terluka, cedera parah, serta menyabung nyawa untukku. Suka duka dirinya, tidak lena tidurnya, keluh-kesahnya, kebimbangannya dan airmatanya adalah semata-mata kerana merisaukan jika aku tidak jumpa jalan pulang ke syurga. Dan Nabi itu tidak meminta balasan apa-apapun dariku. Bahkan semuanya dilakukan dengan rasa rindu kasih dan rela. Sampai ke detik-detik akhir hayatnya, ketika sakit menghadapi malaikat maut, dia masih menyebut-nyebut tentang aku umatnya.
Di atas penat-lelahnya, darahnya dan pengorbanannya, maka aku dapat Islam hari ini. Di atas penderitaaanya, maka aku ada peluang untuk ke syurga.
.
Tetapi aku pilu dengan keadaan umat pada hari ini. Islam yang dengan bermati-matian diperjuangkan dan diwariskan oleh Nabiku itu tidak dianggap mulia sekarang. Bahkan ia dipandang buruk, bosan, mundur, ganas, bahaya, kolot, merugikan, merosakkan dan menyusahkan. Umatnya pula, dipijak-pijak, dibunuh sesuka hati, miskin dan tertindas. Sebahagian yang lain pula, sudah lupa diri dan lupa orang lain, sudah riang gembira masuk dalam kepompong gelap, hanyut ke lautan keingkaran dan karam.
.
Maka malulah aku kepadanya.. malulah aku kepada Rasulku itu. Sunnahnya yang terbesar masih belum cukup kulaksanakan – dakwah. Selawatku juga tidak seberapa. Pasti baginda sedih dengan keadaanku. Mungkin juga marah padaku.
.
Maka apa yang dapat kulakukan pada hari Maulud Nabi?
Aku menangis. Kerana aku tidak tahu. Aku menulis. Dan aku membaca lagi tentang dirinya. Cuma menambah ledakan tangisku saja. Maafkanku. Aku telah banyak mensia-siakan pengorbanan Rasulku itu dan orang-orang Islam terdahulu. Semoga Allah membayar semua penderitaannya dengan kebahagiaan di syurga sana, dengan nikmat-nikmat terhebat yang tidak mampu terfikir oleh akal manusiaku, memberi baginda kedudukan yang paling tinggi dan terpuji.
.
Dan moga Allah menyampaikan padanya salam rinduku….
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.
Wa ‘ala aalihi wasohbihi wasallam.
.
Galway
12 Rabi’ulAwwal 1429 H, 1.30 am
12 Rabi’ulAwwal 1429 H, 1.30 am
Subscribe to:
Posts (Atom)