28.1.11

Roh kita pun perlu makanan

Roh kita kerana berada di alam malakut,tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita. Roh adalah sebahagian dari diri kita. Ia hanya dapat dilihat dengan mata batin kita.Ada sebahagian manusia yang dapat melihat roh dirinya atau orang lain. mereka dapat melihat ke alam malakut. kemampuan itu diperoleh kerana mereka sudah melatih mata batinnya dengan riyadhah kerohanian atau kerana anugerah Allah (al-mawahib al-rabbaniyyah).para nabi,para wali dan orang-orang soleh seringkali mendapat kesempatan melihat ke alam malakut itu. makanan roh seperti tubuh juga yang terdapat dalam berbagai keadaan. Imam Ali kw berkata 'sesungguhnya tubuh mengalami enam keadaan
1)sihat
2)sakit
3)mati
4)hidup
5)tidur
6)bangun

demikian pula roh, hidupnya adalah ilmunya

matinya adalah kebodohannya

sakitnya adalah keraguannya 

sihatnya adalah keyakinannya

tidurnya adalah kelalaiannya

bagunnya adalah penjagaannya.'(BiharAl-Anwar 61:40)

seperti tubuh,roh pon memerlukan makanan.Mulla Shadra tidak menyebutnya makanan.Ia menyebutnya rezeki. Ia berkata, 'setiap yang hidup perlu rezeki dan rezeki arwah adalah cahaya-cahaya ilahiah dan ilmu-ilmu rabbaniah.' (Mafatih Al-Ghaib 545)
Untuk meningkatkan kualitis roh supaya ia sihat dan kuat,kita perlu memberikan kepadanya cahaya-cahaya ilahiah dalam bentuk zikir,doa dan ibadah lainnya seperti solat,puasa dan haji.

SOURCE=perkongsian DARI artikel AN-NUR.

Abdullah bin Mas'ud berkata,Rasullullah s.a.w bersabda."Tidak ada seorang Islam yang ditimpa sesuatu menyakiti iaitu penyakit atau lainnya, melainkan ALLAH gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya,sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musim tertentu)."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


25.1.11

interview by doctors before entering medical school

alhamdulillah..
selesai sudah..tersangatlah mengelabah sebab tak prepare sangat interview ni gara-gara biology 2 yang belajar macam bullet train pastu tiba-tiba kena kuiz..
so,saya buat tak tau je pasal interview medicine.
tapi status-status kat fb and  jiran sebelah bilik yang asyik berlatih untuk interview ni membuatkan saya jadi CUUUUAKKK!!!!

saya dapat panel 2 daripada 9 panel.. they are nice!!!!! alhamdulillah..Allah  permudahkan. adik-adik depan bilik ni asyik takutkan orang je..
"AKAK,AKAK KENA SEARCH INTERNET KAK..KENA TAU SEMUA JENIS PENYAKIT..KENA TAU SEMUALAH..HA,AKAK KENA TAU PASAL ANAESTHETIC SEBAB AKAK NAK BENDA TU"

fine,lepas tu terus tak fokus nak study biology..jadi saya pon pergilah forum "dari mata turun ke hati"  best tau sebab ust hasrizal abdul jamil datang!bukannya senang..dekat UIA ni memang best sebab penceramah-penceramah daripada rancangan tanyalah ustaz: (ustaz imran,dr.danial),saifulislam, al-kuliyyah:(ustaz nizam) semuanya pernah datang UIA bagi talk.. so,sama ada kita grab peluang ni or let it go je..
ustaz muhadir kata pergi majlis ilmu adalah lebih baik daripada orang yang solat sunat 1000 rakaat..kita kena pergi jugak majlis ilmu nak-nak tentang islam walaupon sebusy mana pun..kadang-kadang bila kita pergi majli ilmu mesti kita akan rasa,ohh aku tak tau pon..jadi baguslah kita pergi sebab dari situ apa yang kita tak tau jadi tau...terima kasih kat segala committee and segala persatuan yang menjayakan segala program sebegini.TAHNIAH!!

saya tengok jodoh pertemuan orang alim-alim ni semuanya sama cara dia..
nak tau macam mana????tungguu..

ustaz hasrizal cakap waktu dia dah bertunang pon,dia tak tau muka bakal isteri dia,
sebab orang tengah yang carikan seorang isteri buat dia. 
orang tengah tu adalah ustaz kepada ustaz.
lepas 2bulan ustaz pon dipanggil untuk tengok siapa calon isteri dia..
ada 2 calon.rasa dalam saiful islam ustaz ade cerita.jadi saya direct cerita pasal calon yang ustaz pilih.
ustaz just tengok 1 gambar isteri dia yang ada 40 orang..jadi muka punyalah secoet.mana nak nampak..  
lepas tunang,family ustaz pon tanya "pernah tengok ke bakal isteri kamu?".
bila ustaz jawab tak, abang ustaz ternganga bagai nak rak...
jadi hari tu mak ustaz suruhlah bakal isteri ustaz menunjukkan diri..isteri ustaz pon CCUUUAKKK....
dia pon keluar la....
bila ustaz tengok je..ustaz rasa tenang and pleasure sebab dapat jumpa bakal isteri pertama kali dalam rumah dia dibesarkan dan dilahirkan..begitulah gamaknya...
kalau nak dengar lagi best kena dengar ustaz cerita sendiri...heheh maafla ye kalau kurang memahami story line saya.

tajuk dah lari,haha back to the point..
masuk-masuk interview je.
1)decribe yourself about your name...and anything
=my name is....my parents are...(name), my father is...(job),my mother is a ......i am the youngest among my siblings.i have 2 brothers.they already married(takde kena mengena..saja je nak bagi banyak sikit,tak tau nak cakap apa). my 2 sisters still studying in......my previous school was science seri puteri,kl.
2)oh,kl.so you live in KL?
no,i ive in selangor and i was born in KL..HBKL...

3)any of your family work as a doctor?
no(asyik jawab "No" je)

4)so,you want to be a doctor?why don't you be a...... like your father?don't you afraid that you are the only one in your family taking this course.
Ok..i have my own ambition.so i want to be a doctor.
why i must follow my father's career. i choose my own path.( panjang lagi la melalut tak ingat dah ape dia haha)
5)Why you choose medicine?
(Soalan common)= because i want to be a doctor..
(jawapan yang tak memuaskan,sebenarnya saya buat cerita sedih sikit part ni..haha malas nak cerita..nak tau?tak yah taulah haha)then..i feel inspired by the doctors who treat me and i am really commited in whatever i do.so,when i start it,i should finish it.
6)wah that is very good when i have start it,i should finish it.
other that that?any other reason you want to be a doctor?
besides that i am the only one in my family that they hope to become a doctor. they give a lot of support. when i got my spm result,they know that i can do it. so,i have strong support from my family to take this course. my mother also bless me.and ALLAH's blessing is from mother's blessing.
7)so what do you think as a doctor we just give drugs???
for me,as a doctor, we (mcm dah jadi doctor je,hehe )not only just give the drugs and then let patients go..first,if the patients are muslims we must remind him that we just give the best treatment but Allah is the only one that cure us.Then, we must make sure that after we treat them the patients will feel.."WAH THIS DOCTOR MAKE ME FEEL RELIEVE" it is because we actually make them to be more stronger so their immune system can what...(BLUR SIKIT NAK TRANSLATE PERKATAAN "lawan") their disease. then,we must make sure that we explain more about their sickness.explain and EXPALAIN why they get the symptoms.so the patients know WHAT ACTUALLY HAPPEN TO THEM  (mcm tulah lebih kurang)

8)yes i agree with you.EXPALAINATION IS IMPORTANT. ok,you choose any disease that you know deeply.
(lama jugak fikir,kena pilih yang senang2 ni huhu)
HYPERTENSION.
9)GIVE DEFINITION OF HYPERTENSION.
hypertension is because the patients get a lot of pressure like me..
haha xdelah..
10)I WANT SCIENTIFIC DEFINITION..
hypertension is a disease when a patient (bla bla...mengarut gila and last word)because of high blood pressure..
11)yes !!!!that ARE the words that i want to hear.because of high blood pressure (tula melalut lagi jawapan pendek je pon).What are the consequences or symptoms of hypertension.?
the patients can faint or may be death occur.
12)not may be..but can suddenly DIE.why death can happen..
because the blood vessel is clot by cholesterol and the blood cannot flow.and oxygenated blood cannot reach the brain...
13)last i give to dr.saiful. then dr saiful bagi situasi.i am the doctor who examine you.then i found that both of your ears cannot hear.you have problems with your ear.and i said you cannot further in medical school.so what you want to say to me.
OK,as i have this opportunity to take medicine. you cannot stop me.is there any rules for me to enter medical school for ear problem?(kurang pasti soalan berbalas soalan)
yes,as a doctor you need to check the heartbeat,wearing stethoscope( tak terfikir pulak)
ok,when i have ear problems,i will try to find a way to solve it.i will seek any doctors who can check my ear's problem.maybe it is small problem.and if it is worst, i can do operation.so, as whatever we plan if Allah want it, i can proceed it.
14)although the operation takes for three years.you still want it?and your friends has already done for three years..
yes, because i want to be a doctor.so why should i take other courses.what ever it is, i must take medicine in order to be a doctor.


p/s=POST YANG TERPANJANG KOT...sediakan keropok cekedis sebelum nak baca..huhu GOOD LUCK INTERVIEW UNTUK DENTISTRY PULAK!!!!

22.1.11

busy dengan kehidupan dunia kan??

dari blog kawan saya, cik mudrikah... "JANGAN RISAUKAN URUSAN DUNIA,KERANA AKHIRAT ITU ABADI..."

dalam kehidupan seharian kita,kita sibuk sangat dengan urusan dunia..

um,kalau sebagai pelajar,hidup kita mesti busy nak baca buku untuk exam,buat assingnment..semualah sampai solat kita pon kita lewatkan sebab kelas dan sebab2 lain semuanya atas alasan urusan dunia..kan?

takpon kita lewattkan solat sebab nak tengok tv drama favourite ke...dan segala gala bendanya lah...
macam mana tiba2 kita mati?

mesti kita nak hidup balik kan..nak solat awal,nak solat jemaah,nak tolong parents selalu...nak buat kebaikan kat semua orang...um kenapa kita tak guna kan peluang tu sekarang ek? shuh!!shuh!!syaitan jangan kacau jiwa kami...

selama seminggu lebih ni saya training futsal, dalam 3 hari sebelum lawan tiba2 jantung macam sakit semacam..rasa macam dah nak..............................................

um,tiba2 waktu tu rasa sedih, saya sayangkan keluarga saya semua...!!!! sekarang ni saya amik peluang nak mintak maaf dengan SEMUAAAAAAAA ORANG!!!!!! maafkan segala dosa saya secara sengaja dan tak sengaja....moga ALLLAH BERKATI KITA SEMUA DUNIA AKHIRAT..

dah2 jangan banyak terpengaruh dengan dunia barat....mereka dah berjaya buat orang islam leka dengan FB,INTERNET,TV,MOVIE...ape2 jelah.....gunakanlah senjata dorang nak jatuhkan kita ni ke arah yang boleh buat dorang jatuh balik....fikir-fikirkan...

um..ramai jugak orang yang saya kenal dah jadi arwah...macam kat UIA ade sorang akak ni..
macam kat kawasan perumahan,ade kawan sekolah lama accident then meninggal..
semuanya UMUR MUDA-MUDA lagi...tak sempat nak habiskan degree pon...

ni kisah pelajar kat mesir yang baru meninggal dunia.. http://superneuron.blogspot.com/2011/01/berlalunya-pergi.html
cbe korang baca..kalau kita kat tempat dia... cukup ke amalan2 kita yang tak seberapa ni..dosa pon menggunung tinggi kan..jadik jom kita ubah jadi lebih baik!!!!!

10.1.11

wanita inspirasiku

wanita inspirasiku

Entri ini didatangkan khas sempena contest "Wanita Inspirasiku 2010" anjuran "Gadis & Wanita". Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di [sini].
Sekadar perkongsian cerita hati seorang insan dan hadiah yang menarik bakal menanti anda jangan ketinggalan...

...............................................................................

kali ni saya cerita tentang seseorang yang bukan emaksaya dan bukan wanita yang telah gapai cita-citanya macam profesor dr.muhaya ke..tapi tentang seseorang wanita di tempat saya belajar.

ok,kami selalu bersalaman tapi sedihnya saya tak tau pun nama dia,
saya tengok dia rajin sangat join program-program usrah.
contohnya, program yang kena tidur kat luar hujung2 minggu..
macam baru-baru ni pulak program ini sejarah kita(ISK) ,walaupun dah banyak kali dia dah dengar tapi datang jugak program ni.

kenapa saya nak cerita pasal dia?
dia kira special sikit sebab dia ni hafizah= hafaz quran.
jadi setiap minggu dia ada tasmi' dengan ustaz untuk ulang balik apa yang dia afal.
dia sama umur dengan saya,hari tu terbahasakan diri akak pulak dengan dia..terperasan tua pulak.

sebelum ni agak kagum dengan kawan2 yang dapat bawa program 1 year kat CFS IIUM ni.memang mencabar. kawan saya banyak yang extend program dari 1 year ke 2 years.
sebab matrix uia ni lain dari matrix biasa.kami kena belajar banyak subjek contohnya math1,math 2,bilogy 1, biology 2, chemistry 1,chemistry 2, physics,arab n english. then,uia lain dari yang lain sebab kena belajar
basics themes of al-quran(BTQ),understanding islam(UI),dan orang yang up sikit kena ambil subjek religions in malaysia(RIM).bagi saya,subjek BTQ, UI, sepatutnya diwajibkan kat semua universiti sebab subjek ni fardu ain. kita ni banyak belajar fardu kifayah je.perasan tak?

ok,back to the point, orang yang saya cakapkan ni, dia under 1year program. dia sentiasa bawa laptop dia kalau pergi program2 usrah.kalau masa terluang dia buat assingments dia,ok.saya sem ni assingment EAP je,tu pun punyalah tension waktu awal2 nak buat tu. tapi dia oh sentiasa cool sepanjang masa.walaupun subjek dia ambil 7 subjek sem ni.. untuk pengetahuan anda 1 sem kami bersamaan 4 bulan.memang compact powder lah kelas dia.

in short, dia tidak kejar ilmu duniawi semata-mata,tapi dia tetap kejar ILMU AGAMA walau sebusy mana pun kerana ia adalah wajib bagi umat islam.
dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda, "mencari ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap orang muslim"
(diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr)

Rasulullah s.a.w bersabda,
''dan sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga."(hadis riwayat Muslim)


ok,jika JANNAH boleh,mengapa kita tidak???
p/s=baru berkenalan dengan dia heheh

jadi jangan banyak mengeluh,dan tingkatkan prestasi diri.FIGHTING!!!!


tq kak syaal ats tag ini.
nak tag siapa ya?
sesiapa jelah yang baca.
syukran

6.1.11

you make me inspired

dah dua kali lab report bio tak payah buat.jadi kami berdiskus untuk pergi melancong...!
this whole week ingatkan busy belajar new chapter for biology..tapi..
saya seolah-olah bercuti selama 2 minggu..huhu
lepas ni memang belajar macam bullet train lah like sir azrul! =p

disebabkan terlampau free,maka macam-macam blog lah yang saya baca tadi.. 
salah satunya blog kak hajar...

tak kenal pon,cuma baru nak kenal kenal.. =p hai kak hajar!!! click! seriously muka akak macam muka senior saya yang sangat garang hehe

have a nice day to all!!tomorrow bukit cerakah!!! moga2 plan kami jadi..we just plan but Allah is the best planner.

4.1.11

sedih sangat!!!!!! kisah wahyu terakhir

kita menangis tengok babak-babak sedih dalam drama korea , melayu , hindustan ..
kadang-kadang baca novel pon boeh menangis juga..
jom luangkan masa baca artikel ni...!!!!! kalau anda cintakan RASULULLAH apa tunggu lagi?

SOURCE=http://www.scribd.com/doc/23124889/kisah-wahyu-terakhir


"Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan
[Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turunRasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan maknayang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar padaunta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya
pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh
itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini
adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke
Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu
oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka
mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah
sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidakdapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintudan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang
lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan
mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama
kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar
r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah
yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah
sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w.
Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-
kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka
mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.
Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari
rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis dengan suara

yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan
bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah
s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya
Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa
tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu
Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar,
dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir
dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun
menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula
mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua
malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-
pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan
beliau hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya ayat terscbut, ada pula yang
mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula
yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan untuk
mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah
s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua
yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas
mimbar dan berkata: "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya
adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan
izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang
pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang
mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya
sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang
lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku
ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali
sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:
"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu
saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun

menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi
anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang
mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya
hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta
tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul
kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu
pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid
menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan
berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di
pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah
s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai
Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah,
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah.
r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja
Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu
kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun
menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a.
dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu
qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah
s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera
beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a.
bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di
samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu
menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah
kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi
hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah
kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu
menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar
kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah
kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau
kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda
telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun
membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah
semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun
mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah
s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab
saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan
badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu
hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata:
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah
memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam
syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil
para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu
semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu
semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t
dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali
yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin
Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan
pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan
kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan
aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang
mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada
siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada
kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang
satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah
maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah
kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh
para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus
pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w.
bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi
ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh
Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a.
mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa
memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a.
telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal,
sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar
mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah
mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke
masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.
Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka
Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.
Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh
bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata: "Wahai kaum
muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan pemeliharaan Allah, oleh
itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua,
dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu,
kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak
izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal
lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail
sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:
"Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?"
[Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni
rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah
mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah,
Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan
malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya
kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah
r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku
telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia
memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah
orang itu?." Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang
akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-
perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur."
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat
perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun
berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama
dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun
menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan
mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk
mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk
menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu
tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di
manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit
dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah
dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah
s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah
dibuka, dan kesemua para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang
ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam
syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat
memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada
pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa
mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar
kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu
dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada
beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga
shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah
mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga,
saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai
Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang
gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu,
kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah
kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
Pembaca sepatutnya mengalirkan air mata semasa membaca kisah ini. Berapa
ramaikah kita menangis mengenangkan kisah nabi, mungkin yang paling banyak
orang yang menangis ialah apabila mereka melihat wayang yang berunsur sedih
  

ustaz syaari=sultan muhammad al-fateh

hari ni,baru hari pertama start kelas di uia,pj.tapi malangnya saya kurang sihat.muntah,sakit perut dan sebagainya.

mm..selamatlah eap dapat siapkan waktu cuti seminggu hari tu.jadi balik uia dengan hati yang berbunga sebab dah siap research..tinggal abstract dengan reference je..alhamdulillah ALLAH permudahkan...





back to the point,



malam ni jugak ustaz syaari bagi talk tentang golden era of islam kot..macam tulah tajuknya lebih kurang.
disebabkan pening2 sikit,saya pon tak pergi, tapi roomate pergi,dia pon cerita la balik pasai talk ustaz..
um memang rugi siapa tak dengar talk ustaz syaari tentang sultan MUHAMMAD AL-FATEH.
talk ustaz dari tahun 2009 mesti ada selit-selit tentang AL-FATEH..

dari tahun 2009,saya terpikat dengan nama al-fateh.. pemimpin islam yang sangat-sangat bersemangat..
daripada zaman kejatuhan islam,akhirnya islam menguasai 2 per 3 dunia..
beliau adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya juga adalah sebaik-baik tentera..

dari kecil,beliau diajar untuk memahami sejarah, terutama tentang sejarah islam, dari situ beliau dididik untuk menjadi pemimpin yang baik dan gurunya pula pernah rotan tanpa sebarang sebab...
apabila al-fateh bertanyakan kenapa dia dirotan...
gurunya menjawab tiada sebab..
cuma ingin membuatkan al-fateh rasa macam mana seorang rakyat rasa apabila diseksa tanpa sebab..

apabila ingin mengimamkan sembahyang, soalan dikemukakan kepada tentera-tenteranya..
siapakah yang tidak pernah tinggal solat tahajud? siapakah yang tidak pernah tinggalkan solat berjemaah? siapakah yang tidak pernah tinggal solat rawatib?
maka tiada siapa yang mengaku...
lalu beliaulah yang mengimamkan solat hajat ketika ingin menawan contantinople..

beliau khatam al-quran sejak kecil dan telah ditanam sejak kecik 3 faktor iaitu
IQ, contonya menguasai tujuh bahasa..
EQ(emotional),=diditanam sifat-sifat positif untuk menjadi pemimpin yang baik seperti think positif, burning desire, empati..
dan SQ(spiritual)..selepas berdoa mengharapkan kemenangan dari ALLAH, hanya tinggal tawakal sahaja..

beliau juga pernah test tentera-tenteranya.. adakah mereka sebaik-baik tentera?? untuk menawan constantinople kota yang kebal bukannya senang,
maka diarahkan terntera-tenteranya itu untuk mencarikannya buah anggur sebagai ubat..
lalu apabila tenteranya terjumpa sebuah ladang anggur, tetapi ianya probability ladang itu bukan milik orang islam adalah tinggi...
hampir sahaja mereka ingin setuju untuk ambil..
tetapi disebabkan SQ yang tinggi kerana tidak tahu ladang itu kepunyaan siapa...
maka mereka tidak mengambilnya...

nabi pernah bersabda.
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh.


blog ni cerita dia lebih mendalam tentang MUHAMMAD AL-FATEH

http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com/2010/04/muhammad-al-fateh-sebaik-baik-pemimpin.html

1.1.11

Pengalaman lampau

ilmu tanpa perkongsian, sedihnya.....

ilmu tanpa amal pun seperti pokok tidak berbuah..

amalan tanpa keikhlasan adalah paling-paling rugi..

  1. ILMU
  2. AMAL
  3. IKHLAS
teringat imbasan memori silam


waktu tadika,main,main dan main.
bila waktu balik,t kelas aku balik awal, aku pon tunggu  luar kelas kawan aku, aku rasa jealous sangat sebab ustasah yang ajar kelas tu sangat-sangat bersemangat dan aku yang duduk kat luar kelas tu pon boleh faham.

sekarang aku terfikir,di situlah keikhlasan dan semangat ustazah tu mengajar.

dulu aku tak pandai sangat tengok jam,start darjah 2 baru boleh tengok jam betul-betul.
aku ingat jugak muka cikgu lelaki yang ajar aku tengok jam tu,dalam kelas dia ajar memang semangat.siap dengan lukisan jam bulat besar-besar kat papan hitam.

ya di situlah semangat dan keikhlasan.

aku ingat lagi cikgu azizanajar aku math.dia tak pernah tak masuk kelas melainkan ada mc. dia ajar aku proses bahagi darab. semua satu per satu.satu hari aku tak siap homework dia bagi.
kena diri atas kerusi pastu kena rotan.hehe walaupon aku tau dia nak rotan aku. aku tak kesah.sebab dia cikgu best!dia membuatkan aku faham mathematics.


dulu sebelum masuk darjah 6.aku tengok papan putih kat tempat tuition aku dari luar. susahnya. tulisan kat situ dalam english untuk solving problems in math untuk abang2 and kakak2 darjah 6 yang nak naik form 1. aku pon fikir. english aku kat sekolah? betapa teruknya.macam mana aku form 1 nanti?

waktu sekolah rendah setiap kali subjek english,berpuluh-puluh muka surat kena buat homework.tapi malangnya.tiada explanation. hanya arahan dan tugas sahaja. aku tak faham langsung!

.i'm lost.


bila start form 1,aku masuk sekolah baru..suka sangat yela baru dibina,kipas baru, meja baru, kelas pon baru!kawan-kawan semuanya baru.maklumlah perumahan baru di bina.

aku suka sangat.waktu tu aku rasa semua cikgu-cikgu yang ajar aku dedicated sangat.tak pernah tak masuk kelas.ajar satu-satu. dari situ english aku mula improve. cikgu ajar grammar satu-satu.alhamdulillah bila test,aku dapat jawab. dengan semangat cikgu tu ajar.aku mampu.

mathematics science pon semua cikgu tu explain dengan sabarnya.maklumlah waktu tu tahun ke 2 english in math and sc. Alhamdulillah aku dapat bawak. terima kasih cikgu.

bahasa malaysia pulak aku susah sangat nak dapat A.jadi aku pergi tuition bm. pelik kan?orang tuition subjek critical.aku tuition bm and bi.hehe

cikgu yang ajar aku tu cikgu SEPINTAR.kiteorang panggil dia cikgu kamisan.seronok tau sebab dia banyak sangat pengalaman yang dia cerita. kat tuition tu biasalah ramai yang datang sebab kemahuan parents.so tiadalah semangat sendiri kan. satu hari tu cikgu kamisan tak ajar langsung sebab sesi 1 jam setengah tu untuk  tazkirah sahaja.

back to the point,cikgu tetap ajar dengan limpahan ilmu, tips,skill, rahsia untuk dapat A dalam bm.aku pon sebelum tuition pelik jugak karangan boleh je jawab. tapi susah benau nak dapat A.rupanya ada rahsia macam mana nak dapat A tu.



 di situlah keikhlasan berkongsi ilmu.

bila form 5.kiteorang ada 2 je cikgu kimia.dua2 guru cemerlang.. yang ajar aku guru kelas aku sendiri. Mss foo. kesian dia. pagi petang malam sanggup datang ajar kiteorang. lagi kesian sebab form 4 takde guru kimia langsung.jadi dua2 guru cemerlang ni kena ajar semua kelas form 4 and 5.
inilah semangat yang ditonjolkan!
mss foo rindu la!!!!

dengan semangat cikgu ajar kiteorang tak kira sampai tak de tempat pon cikgu sanggup ajar dalam dewan makan. Even satu hari tu,dekat gelanggang badminton walaupon panas.fuhhh..memang kuat semangat betul. kiteorang yang mendengar je ni pon dah penat.

zaman bilakah ini? 


 jadi tempat makan,tempat mesyuarat,tempat belajar, tempat tidur pon boleh!

ni dia gelanggang badminton

ustazah pon jealous dengan subjek2 critical ni.jadi ustazah pon dengan semangat jayanya suruh jugak buat program mentor and mentee untuk pendidikan islam. semua masa penuh!!! awal pagi sebelum beratur dah kena cop,petang waktu prep dah kena cop,jadi ustazah suruh lah program ni dijalankan waktu lepas sembahyang isyak dekat surau sebelum naik prep malam!

ni  puan mahadiah guru terbaik biology!!.

maafla ketinggalan zaman sikit

MEMANG SEMANGAT WAJA.

akhirnya result subjek kimia batch aku yang asyik fail waktu form 4,dapat yang tebaik waktu spm berbanding batch dolu-dolu...
ok nak tau lebih-lebih pasal seseri ke?meh masukkan adik-adik perempuan kat sekolah ni..sebab..
saya tak geti cerita la meh tengok blog ni

http://miminapis.wordpress.com/seseri/
memang semangat akak ni cerita pasai seseri


and one more adik yang baru abis spm
http://budakbaikjahat.blogspot.com/2010/12/my-school-rock.html


 PENDEK CERITA KALAU KITA NAK BUAT SESUATU KERJA TU MESTI ADA SEMANGAT KENTAL DAN KEIKHLASAN. BARULAH ADA HASILNYA.
sekian wassalam
semoga tahun 2011 ni kita semua lebih bersemangat!