alhamdulillah atas segala nikmat kesihatan dan segala nikmat yang diberi oleh-Nya.
hampir setahun tinggalkan blog ni. kerana lupa email dan password. =p
lagi 4 hari ramadhan akan tiba. tahun ni umur pon makin meningkat. ;p
many things i learnt in hospital. dari patient, dari doctors, dari kawan.
hari ni, ada adik ni dia sakit "end stage of renal disease secondary to focal segmental glomerulasclerosis."
saya duduk bertentangan dengan katil adik tersebut. adik ni dia datang ke katil berhadapan dengan dia dimana saya berdiri disitu,kemdian dia pandang saja adik yang sedang makan roti sardin yang disuapkan oleh mak nya. dia pandang dan pandang. tiba2 dia datang kat saya dan kata ''dokter, belikan saya roti sardin''. oh adik ni craving rupanya tu dok tengok orang makan. bila ditanya,rupanya tengahari tadi dia tidur dan tak makan tengahari. parents dia pon tiada bersama dengan dia.saya pon pergilah belikan roti sardin, then my friend called ajak balik. lepas naik lif,oh i was like oh beli roti sardin je? nape tak belikan air sekali untuk dia. errrkkk. takpe dia pon kena "restriction of fluid". bila sampai ward kenanga 6c. saya pon bagilah adik ni roti sardin. waktu ni dia tengah fokus main candy crush.salah sorang kawan saya bagi dia main handphone .. dia pon pandang saya.senyum,dan "terima kasih". eh adik ni tadi lapar,dapat game terus lupa roti sardin tu ya..
saya pon amik peluang tanya dia,badan dia kecik je,kurus,tak tinggi.umur 7tahun. saya tanya," Danial sakit apa?" dia jawab "sakit buah pinggang". dalam hati,pandai adik ni. dia cakap, " perut jadi senak bila sakit"
saya pon tanya, "buah pinggang danial kenapa?" "danial tahu ke danial sakit apa?" dia pon jawab "potassium rendah" wah hebat adik ni. baru darjah 1 dah tau macam sudah faham apa sakit yang dialaminya..
jika nak dibandingkan dengan pesakit-pesakit di hospital ni.....Allah beri kita kesihatan yang baik. alhamdulillah..sesungguhnya nikmat kesihatan itu baru dihargai apabila datangnya sakit.
sekadar disini perkongsian untuk hari ini.=p
selamat menyambut kedatangan ramadhan . sesunguhnya berbahagialah mereka yang dapat bertemu dengan ramadhan kerana banyak ganjaran yang dijanjikan ALLAH. jom kita merancang ramadhan ni, harapannya agar dapatlah khatamkan 30 juzu', solat terawih penuh....tadarus.. kalau ikutkan batch saya di uia ni, 2tahun berturut-turut pihak masjid minta batch kami tolong apa yang patut untuk persediaan iftar di masjid, kawan batch kami juga dilantik jadi imam terawih, bilal... jadi tahun ni? ada yangposting O&G ward bersalin,oncall malam-malam. tak habis conduct 10 baby lagi. hurm moga urusan mereka dipermudahkan. dapatlah fokus untuk berterawih nanti. and saya 2minggu waktu ramadhan ni kena posting di Hoshas. maka akan merinduilah terawih di masjid UIA ni sekejap. harap-harap dekat temerloh sana mudah untuk pergi berterawih di masjid atau surau yang terdekat.