Daisypath Graduation tickers

4.7.14

masalah rumahtangga. kenapa sampai bercerai-berai?

assalamualaikum,
banyak orang kahwin tapi tak bahagia?
kenapa eh? bukankah perkahwinan itu satu gerbang kebahagiaan.
ramai yang ingin berkahwin tetapi apabila bersama ada yang tidak bahagia. mengapa dan kenapa.
perkahwinan ni perlunya kesefahaman, kesabaran dan sifat toleransi antara pasangan.

ok,point pertama tentang sifat toleransi dan kesefahaman.
masalah pertama.contohnya apabila si isteri yang bekerja. dan si suami juga bekerja.
pastilah kepenatan juga bebanan kerja terasa. perlu diingatkan. kemarahan dan masalah pekerjaan janganlah sampai terbawa bawa di rumah sehingga tekanan menyebabkan si isteri atau si suami melepaskan geram kepada pasangan masing2.walaupon sibuk mana pon si isteri dan si suami perlulah saling tolong menolong.contohnya si isteri sudah penat memasak,mengemas pinggan mangkuk, membasuh baju,menjemur baju,menggosok baju. apelah salahnya kalau si suami meringankan tulang dengan menolong isteri melakukan keja rumah seperti, melipat baju, atau pon mengemas rumah, membelikan barang dapur....kadang-kadang ada suami yang langsung tidak menghagai isteri.sedihkan. bila difikirkan balik. macam-macam masalah rumahtangga sekrang ni. cuba ingat balik. pengorbanan isteri tu yang menjaga anak. melayan karenah anak. anak menangis, bangun menyusukan anak.. apa salahnya kalau si ayah menolong si emak ini dengan memandikan anak...  membantu isteri ketika isteri sedang sibuk memasak dengan melayan anak.yang kadang2 si suami langsung tidak membantu isteri malah ada yang tidak menghargai segala pengorbanan dan kepenatan yang ditanggung isteri yang membiarkan sahaja si isteri terkontang kanting di rumah.kadang2 si isteri dipersalahkan kerana tidak pandai menjaga suami dengan baik. kenapa isteri sentiasa dipersalahkan? mungkin kerana si suami ni lupa  atau buat2 tak nampak pada pengorbanan si isteri. pengorbanan isteri tidak pernah dipandang . tidak pernah difikirkan. tidak pernah dirasakan..
kenapa ya benda ni berlaku?ok next point mungkin akan menjawab kepada persoalan ini.

ok point ke2, sifat ego.
apabila ego yang terlampau tinggi dalam diri.semua kesalahan pada diri sendiri memang takkan nampak dimata sendiri.hanya orang sekeliling je yang perasan. kerana semua perkara bagi orang yang ego ni adalah betul dimata mereka. jadi, dalam rumah tangga ni,si isteri dan si suami perlulah buang sifat ego. pelulah saling melengkapi antara satu sama lain. setiap orang tidak sempurna.apabila Allah dah tentukan jodoh kita,terimalah pasangan kita dengan redha. sebanyak mana pon kekurangan nya sebenarnya pasangan kita adalah terbaik untuk kita. kerana perkahwinan ini adalah gerbang pahala berganda-ganda,syaitan sentiasa mengambil peluang pada ruang ruang yang ada untuk memecah belahkan kekeluargaan yang terbina.kerana disini adalah perhubungan yang halal.yang melahirkan zuriat2 yang didik dengan baik sehingga mencambahkan pahala yang dijanjikan Allah. kerana ada satu syaitan yang memang khas kerjanya hanya satu dia akan bergembira apabila pertelingkahan antara suami dan isteri berlaku.dan paling syaitan suka apabila rumahtangga itu runtuh sama sekali.

ok,point ke3.
masalah komunikasi.
apabila kurangnya komunikasi maka kuranglah kesefahaman antara pasangan.
segala keinginan dan ketidakpuasan hati perlu sama2 dibawa berbincang dengan hikmatnya. masalah bermula apabila kemarahan yang ada pada diri tidak reda sehingga perbincangan bertukar kepada pergaduhan.
perlulah diingatkan bahawa mussyawarah perlu ada.iaitu perbincangan. kesepakatan antara 2 pihak dalam melakukan sesuatu keputusan.pilihlah yang terbaik. bukan lah hanya memikirkan diri sendiri sahaja yang betul. dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. terutama nya pandangan anak2 dan pasangan kita perlulah diterima . jangan hanya disangkal sahaja kerana merasakan segala keputusan yang difikirkan sendiri adalah lebih baik. itu adalah salah kerana kesepakatan  antara pasangan perlu ada supaya rumah tangga lebih harmoni, bahagia. dan rasa saling dihargai.

ok. setakat ini perkongsian pendapat saya. semoga rumahtangga yang dibina adalah demi keredhaan Allah untuk medapatkan zuriat2 yang soleh dan solehah. yang dirumahnya penuh dengan kasih sayang dan dipenuhi dengan didikan agama. bersama-sama melakukan solat dan saling ingat memperingatkan tentang Allah, nabi, rasul-rasul. yang sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. yang mempunyai rasa penghargaan terhadap pasangan masing2.yang saling berkasih sayang dan maaf memaafi. dan yang paing penting sifat jujur dalam perhubungan dan kesetiaan terhadap  pasangan.  kerana apabila tiada sifat jujur, pasti satu masa nanti akan diketahui juga dan menyebabkan rumahtangga itu menjadi keruh dan hilangnya rasa hormat menghormati antara pasangan.

sayangilah pasangan anda.  moga rumahtangga di penuhi barakah dan pahala yang tak terhitung dalam mejalankan tanggungjawab sebagai suami,isteri,ibu,dan bapa. terutamanya kepada si suami yang merupakan nakhoda kapal yang dilayari. "jodoh itu cermin diri".
pilihlah isteri dan suami kerana agamanya kerana agama.pasti tanggungjawab terhadap tuhan itu ada untuk menjaga isteri dan anak2 dengan baik. kerana rupa, apabila tua,hilanglah kehenseman dan kecantikan yang ada sehingga orang luar lebih diutamakan. dan apabila kerana harta, segalanya hanya duniawi semata-mata, ianya akan hilang dan sia2 jika tiada keberkatan dalam rezeki yang diperoleh apabila hanya dibelanjakan untuk diri sendiri tanpa sedekah kepada keluarga sendiri.. anak2,ibubapa dan isteri. lebih besar pahala bersedekah kepada keluarga sendiri kerana dapat mengiratkan lagi silaturrahim antara hubungan kekeluargaan, hubungan sesama muslim dan membahagiakan keluarga.

 peace...jangan takut untuk berumah tangga. berdoalah moga dipertemukan dan mendapat jodoh yang soleh dan solehah.  =p moga suami lebih menghargai isteri dan isteri sabar dalam menghadapi segala dugaan yang ada dalam rumahtangga.