Daisypath Graduation tickers

27.4.15

salah faham dalam Islam

bismillahirrahmanirrahim..

ok let test our knowledge, kalau ada orang tanya soalan-soalan di bawah ni macam mana anda nak jawab?

1. kenapa nabi muhammad kahwin dengan aisyah ketika umurnya 6tahun?kan aisyah tu masih kanak-kanak?

2.Nabi Muhammad mempunyai isteri yang ramai? adakah nabi tinggi nafsunya? malah diluar sana, lebih kesat lagi gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

3.persoalan seterusnya, betul ke orang islam ini menyembah ka'bah?

4. orang kristian ada yang bertanya, siapa nabi terakhir? Muhammad ataupun Isa? Muhammad ke? tapi Nabi Isa akan turun pada akhir zaman nanti, jadi nabi Isalah nabi terakhir?

5.kemudian orang kristian bertanya, bilangan nama nabi muhammad cuma ada 5kali sahaja dalam Quran tetapi nama nabi isa ada 25 kali.lagi banyak dari nabi muhammad. tidakkah nabi isa itu hebat?

6. adakah islam ni agama yang beban sebab banyak perkara yang dilarang dalam islam.

7. kalau tuhan itu ada kenapa tak nampak tuhan?

beza islah dan dakwah. dakwah tu wajib bagi setiap muslim kepada non muslim. kita perlu sampaikan kebenaran iaitu kalimah la ilaha illallah muhammadurrasullullah. tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Islah pula adalah kebenaran dan peringatan tentang islam yang disampaikan oleh seorang muslim kepada muslim yang lain.
jadi berapa ramai diantara kita yang hanya melakukan islah sahaja... tetapi dakwah dilepaskan tanggungjawab nya begitu sahaja.

Allah Maha Adil. Allah tidak akan menghukum manusia atau mempertanggungjawabkan manusia sekiranya mereka tidak tahu. Allah utuskan Rasul Muhammad s.a.w. Nabi yang terakhir untuk menyampaikan kebenaran. tetapi diluar sana masih ramai yang tidak kenal Nabi Muhammad. Siapakah nabi Muhammad? Nabi Muhammad dihina, dicerca, oleh segelintir mereka yang bukan islam. Bukan semua orang bukan islam adalah kafir. tidak semestinya kerana mungkin suatu hari apabila mereka bertemu kebenaran mereka kembali kepada fitrah. menyembah kepada Allah yang ESA. malah mereka lebih suci daripada dosa-dosa mereka yang terdahulu ketika mereka masih jahil tentang islam.

Antara persoalan yang sering diajukan oleh orang bukan islam,

1. kenapa nabi muhammad kahwin dengan aisyah ketika umurnya 6tahun. adakah nabi tinggi nafsunya? malah mempunyai isteri yang ramai..

Nabi Muhammad berkahwin dengan Aisyah pada umur aisyah 6tahun. tetapi mereka tinggal bersama ketika aisyah berumur 9tahun setelah aisyah aqil baligh. cuba kita tanya balik.bilakah umur nenek anda dahulu ketika berkahwin? mostly,semua orang jawab, umur 9,10,11 tahun. zaman dahulu, ketika umur 9-11tahun, seorang perempuan itu sudah matured enough untuk uruskan keluarga. jadi nak dibandingkan zaman sekarang, umur 19tahun pun belum tentu lagi sudah matang untuk mendirikan rumah tangga. jadi, berkahwin pada umur 9tahun dahulu kala tidak sesuai untuk dibandingkan dengan zaman sekarang.


2.Nabi Muhammad mempunyai isteri yang ramai? adakah nabi tinggi nafsunya? malah diluar sana, lebih kesat lagi gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Isteri pertama nabi, Khadijah,seorang janda berumur 40tahun. ketika perkahwinannya bersama khadijah,nabi tidak pernah berpoligami. selepas khadijah wafat, nabi tak directly terus berkahwin dengan yang lain.
dalam bible itu sendiri ada mengatakan, Nabi Ibrahim mempunyai 3orang isteri, nabi daud mempunyai 99 orang isteri, nabi sulaiman pula mempunyai 700 orang isteri dan 300orang gundik.jadi, bagaimana pula dengan perkara yang dinyatakan sendiri dalam bible ini?

Nabi Muhammad mengahwini isteri-isterinya iaitu mereka bukanlah seorang anak dara. malah nabi banyak berkahwin dengan ibu-ibu tunggal untuk menolong mereka daripada kesusahan.pada zaman nabi, memang ramai berpoligami. selepas perintah Allah lelaki boleh berkahwin 2, 3 dan maximum 4 dengan syarat boleh berlaku adil. semua diperintahkan untuk meceraikan isteri2 mereka. hanya 4orang sahaja yang dibenarkan tetapi isteri-isteri nabi Muhammad mempunyai keistimewaan. dimana mereka adalah ummul mukminin iaitu mereka tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain. jadi selepas perintah Allah tentang berpoligami, nabi tidak berkahwin lagi tetapi tidak perlu menceraikan isteri-isteri baginda kerana keistimewaan mereka sebagai ummul mukminin dan juga isteri2 nabi Muhammad tidak pernah mengatakan bahawa mereka menyesal berkahwin dengan Nabi Muhammad.

jika nak dibandingkan dengan negara barat yang hanya membenarkan berkahwin sekali sahaja. lelaki lebih beruntung kerana mereka masih melakukan hubungan sulit walaupun mempunyai isteri. malah sekiranya perempuan simpanan itu mengandung, mereka tidak perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan kerana mereka hanya boleh berkahwin seorang, dan undang2 tidak mengatakan yang dia perlu bertanggungjawab terhadap anaknya. malah dia akan menyalahkan perempuan itu yang mungkin melakukan hubungan dengan lelaki yang lain selain dirinya. jadi itu merugikan pihak perempuan itu sendiri.

dalam islam,lelaki boleh berkahwin 4 dengan syarat boleh berlaku adil.jika tidak, cukuplah satu. sekiranya lelaki itu beriman dan  merasakan dia tidak mampu berlaku adil,dia tidak akan sekali-kali berani untuk berpoligami. berpoligami itu sekiranya adil,akan  membahagiakan tetapi jika tiada keadilan ia ibarat sebuah kehidupan neraka di dunia ini.

jika ditanya wanita islam, suka tak kalau suami kahwin lagi...kebanyakan nya menjawab tidak.
Allah kata benda yang kita tidak suka tidak semestinya tidak baik untuk kita.

jika ditanya pada lelaki,suka tak nak kahwin lagi?
kebanyakannya kata suka, tetapi belum tentu benda yang kita suka adalah baik untuk kita.

3.persoalan seterusnya, orang hindu mengatakan orang islam ini menyembah ka'bah

orang islam sebenarnya bukan menyembah ka'bah. tetapi orang islam hanya menyembah Allah yang Esa. kabah hanyalah satu kiblat arah yang sama untuk umat islam melakukan sembahyang supaya dapat menyatukan seluruh umat islam,untuk hanya menyembah Allah dengan arah kiblat yang sama.

bila kita tanya balik, orang sembah berhala,adakah dia akan pijak berhala dia? tidak bukan?
jadi kabah bukan lah berhala kerana umat islam ada yang pijak berdiri diatas kabah.

persoalan kedua, orang yang sembah berhala adakah mereka akan pijak gambar patung berhala mereka?tidak bukan? jadi kabah bukanlah berhala kerana setiap hari umat islam selalu memijak gambar kabah yang ada di atas sejadah untuk hamparan ketika sembahyang

4. orang kristian ada yang bertanya, siapa nabi terakhir? Muhammad ataupun Isa? Muhammad ke? tapi Nabi Isa akan turun pada akhir zaman nanti, jadi nabi Isalah nabi terakhir?

semestinya tidak, sebagai contoh anak andaa yang pertama bernama adam, yang kedua bernama isa dan ketiga bernama muhammad. apabila anak anda yang kedua pergi belajar keluar negara... setelah beberapa tahun anda kematian anak pertama dan anak terakhir. kemudian isa pulang semula setelah tamat belajar. adakah dia dikira anak bongsu? sudah tentu tidak kerana dia memang anak yang ke2.

5.kemudian orang kristian bertanya, bilangan nama nabi muhammad cuma ada 5kali sahaja dalam Quran tetapi nama nabi isa ada 25 kali.lagi banyak dari nabi muhammad. tidakkah nabi isa itu hebat?

dalam quran, wahyu diberikan kepada nabi terus melalui jibril. jadi, nama muhammad banyak  digunakan sebagai kata ganti nama iaitu ''engkau''. manakala nabi isa yang tiada ditempat kejadian, adalah orang ketiga  yang mana nama nya sendiri digunakan.

kalau dalam quran, nama nabi musa lebih 100 kali disebut.jadi adakah nabi musa itu lagi hebat dari nabi isa?
nama syaitan pula lagi banyak disebut, jadi adakah syaitan lagi hebat??? semestinya tidak sesuai sekali persoalan yang diajukan.

6. adakah islam ni agama yang beban sebab banyak perkara yang dilarang dalam islam.

tiada satu pun yang membebankan manusia. segala yang dilarang itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. permudahkanlah jangan disusahkan. gembirakanlah jangan ditakutkan. islam terletak kepada amalan dan akhlak baik kita...Allah tak bagi kita buat sesuatu kerana Allah sayang kita.

contohnya,seorang ibu,dia tahu api itu bahaya. tetapi anak dia menangis-nangis, memberontak nak main juga dengan api. tetapi si ibu masih melarang. kerana dia tahu itu bahaya untuk anaknya, ibunya lebih tahu dari anak nya yang kecil yang masih tidak tahu apa-apa. yang mana ibunya melarang kerana dia sayangkan anaknya dan kerana dia tahu api itu hanya akan memusnahkan hidup anaknya.....

7.next question, kalau tuhan itu ada kenapa tak nampak tuhan?
 satu kisah,cikgu atheist yang mengajar anak muridnya,dia memegang pen dan bertanya,
cikgu:murid, nampak tak pen?
murid:nampak cikgu.
cikgu:murid,pen ada tak?
murid:ada cikgu.
cikgu pun meletakkan pen dan tidak memegang apa-apa.lalu bertanya,
cikgu:muid,nampak tak pemadam?
murid:tak nampak cikgu.
cikgu:pemadam ada tak?
murid:tak ada cikgu.
cikgu:murid nampak tak tuhan?
murid:tak nampak cikgu.
cikgu:tuhan ada tak?
murid: tak ada cikgu.

seorang murid bijak ingin bertanya soalan dan dia dijemput ke depan.
murid bijak:kawan2, nampak tak cikgu?
murid:nampak.
murid bijak: kawan2,cikgu ada tak?
murid:ada..
murid bijak:kawan2 nampak tak otak cikgu?
murid:tak nampak.
murid bijak:cikgu ada otak tak?
murid: tak ada.

satu analogy yang dikongsikan,

Ahmad mencipta sebatang pen.di dalam dunia pen, pen beborak-borak sesama sendiri. "Ahmad adalah orang yang menciptakan kita. tetapi kita tidak nampak Ahmad."
"jadi Ahmad ni wujud ke tidak?'
"ya,kalau tidak siapa yang ciptakan kita?"
"tapi kenapa kita tidak nampak Ahmad?"
"sebab kita takde mata.jadi kita tak nampak Ahmad"
 Ahmad sebagai pencipta suka hati dialah nak letak mata ke tidak...

jadi,Allah tidak bagi kita pancaindera untuk melihat ALLAH itu dengan mata kasar kita sendiri... kerana Allah akan bertemu dengan makhluk ciptaan nya yang istimewa di akhirat nanti sekiranya merka beriman denganNYA. inshaALLAH, moga kita dapat bertemu dengan Allah di akhirat nanti.ameen

wallahualam.
sumber-perkongsian daripada brother shah kirit seorang pendakwah islam


 A078
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al-Hajj 22:78)