10.11.15

real life. ask Allah to face it with sabar and taqwa.



Alhamduillah. Baru2 ni keluar makan dengan prof naznin. Prof banyak bagi nasihat. Masa kami ni challenging. Dunia sekarang ni macam2 ragam.banyak masalah. Nanti dah berumah tangga kita akan expose kepada real life disamping dengan kesibukan bekerja nanti. Memang kena kuat. Masing2 ada dugaan yang tersendiri. Lama2 nanti bila dah bekerja dah berumah tangga walaupun ada suami yang beragama tapi bila dah senang dah bekerjaya dah banyak duit,kita mudah lupa.lupa tuhan .lupa pada isteri keluarga. Semua tu dugaan.
Apa2 pun prof kata,kita ada Allah. Minta Allah.untuk jaga kita dan keluarga kita. Minta perlindungan dari Allah. Yang penting Jangan risau. Banyak kan berdoa. Moga Allah beri yang terbik. Walaupun kami semua masih belum berkahwin dan belum lagi ada komitmen.dan belum hadapi lagi asam garam berumah tangga. Tak nampak lagi real life yang sebenar.
Moga ALLAH kurniakan suami yang memahami, yang menyayangi,yang setia, dapat bersama ketika susah dan senang . yang penting sentiasa berada dilandasan agama dan  dapat bimbing diri ini sentiasa ingat kepada Allah.

Waktu lunch, kami rasa inferior sebab ramai kawan dah grad. Tapi kami belum. Masih belajar. Rasa inferior sebab banyak lagi perlu dipelajari. Prof kata no rush right. Tak kisah grad umur berapa pun. Kita still dapat kerja nanti.inshaAllah. Semalam bila balik oncall pukul 10pm terasa penat bila sampai bilik, lepas tu solat,baca quran, rehat sekejap sambil berfikir rasa sangat bersyukur kerana masih ada masa untuk merasai nikmat masa yang terluang,tak sibuk dengan berkerja lagi untuk lebih dekatkan diri dengan Allah. Bila dah kerja  nanti penat, pesakit lebih diutamakan. Alhamduillah saya masih ada lagi masa setahun untuk menikmati masa terluang sebagai seorang pelajar, yang tiada komitmen kerja dan juga rumah tangga. Gunakan masa sebaik-baiknya untuk belajar dan terutama sekali untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
InshaAllah , yang Allah janganlah biar aku leka dengan dunia ni, sibuk mengejar dunia hingga lupa pada tujuan sebenar kehidupan. Moga Allah sentiasa bimbing aku dan keluargaku dilandasan agama nya..