hati kita mesti dibedah setiap hari..
teringat waktu kat seseri,cikgu-cikgu bahasa malaysia semuanya tak terima karangan kiteorang kalau tak cukup 6 muka surat.. kalau buat karangan,pendahuluan penuH untuk 1 page.. ape la saya mengarut dalam kertas tu.. =) siap tulis lirik lagu lagi..huhu
TAKPE BLOG NI KITA RINGKAS JE...SEMOGA SEMUA ORANG SEMPAT BACA...ni kira secoet je..saya coretkan.
Rasulullah pernah berkata,
Allah memberi 5 wasiat kepadaku ketika aku diisrakkan.
1)JANGANLAH KAMU GANTUNG HATIMU PADA DUNIA KERANA AKU TIDAK CIPTAKAN DUNIA UNTUKMU.
jadi tiada istilah "WAKTU MUDA-MUDA NILAH KITA KENA ENJOY.."
nak tau? musuh Islam ada mision diorang tau. meh kita bedah SEDIKIT kata-kata mereka,
"tugas kamu hanyalah mengeluarkan orang islam daripada ISLAM supaya mereka menjadi satu makhluk yang tiada hubungan dengan Allah dan tiada hubungan dengan makhluk yang menjadi tunggak kehidupan sesuatu bangsa"
"tiada jalan untuk mengalahkan orang islam melalui jalan perang.Agama mereka mendorong mereka untuk melawan berjihad mengorbankan jiwa.kita mesti lakukan jalan lain iaitu mengubah pemikiran islam dan menjinakkan orang-orang islam melalui serangan pemikiran.Cendekiawan Eropah harus menguasai tamadun islam dan mencipta senjata untuk rosakkan pemikiran islam"
(dipetik dari buku INI SEJARAH KITA)
wah diorang punya vision and mission..perh..kita? nak nasihatkan kawan kita pun kita macam segan( rasa diri kita tak betul tapi nak nasihatkan orang.uishh salah tu. )apatah lagi nak bawak orang luar masuk islam. kesiankan kita.banyak sangat dosa.
"tahukah kamu dengan selalu membaca Al-Quran (fahami segala kalam ALLAH) akan membuatkan hati mereka jauh dari dunia"
"tahukah kamu dengan selalu membaca Al-Quran (fahami segala kalam ALLAH) akan membuatkan hati mereka jauh dari dunia"
JOM KITA LEMPAR BUMI NI =p |
2)JADIKAN CINTAMU KEPADAKU .
ni surat cinta kita semua. |
jadi ikuuuuut je kehendak dunia ni.SO,hati kita ni dah tersasar dari UHIBBULLAH. I LOVE ALLAH.
maka misi musuh kita memang dah tercapai.sempat je kita ubah. DENGAN CINTAKAN ALLAH,TAUHID KITA LAGI KUAT,gejala buang anak,rempit semua dah takde dah kalau cintakan ALLAH ketat-ketat kan kan kan???
3)BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH KAU MENCARI SYURGA.
hmm..kita sungguh-sungguh baca buku untuk exam.. jadi cari syurga mesti lagi berganda sunguh-sungguh tu.
ingat ya wahai hati..kalau sebusy mana pun, janganlah sampai abaikan kewajipan utama kita. tau amalina! dan tau semua orang!
4)PUTUSKAN HARAPANMU DARIPADA MAKHLUK KERANA TIADA SEDIKIT PUN KUASA PADA MEREKA.
hm..manusia tiada kuasa pun untuk bagi kita ganjaran syurga.. dan manusia tak ada kuasa pun nak azab kita. kalau diorang azab kita pun tak kekal lama pun dan tak menggerunkan berbanding dalam neraka jahanam. nauzubillah. jauhkanlah kami semua dari neraka mu ya ALLAH.jom kita tingkatkan amalan.jangan bagi syaitan menang goda hati kita ni. lepas ni, cuti banyak masa free,memang tinggilah peluang syaitan goda kita...kan?
5)RAJINLAH BERTAHJUD KERANA PERTOLONGANKU PADA QIAMULLAIL.
ada seorang hamba ALLAH ni dia selalu mencuri..memang tiap malam kerja dia mencuri sebab dia rasa tu je kerja dia boleh buat dan dia tak mampu untuk tinggalkan perbuatan tu. tapi,dia ni selalu jugak qiam.. nak tau tak?kalau kita rajin qiam=bangun malam dan dirikan solat tahjud ..hajat..taubat..insyaAllah amalan buruk kita akan terhenti jua. so usahakanlah qiam jangan liat haa.....
nabu Muhammad s.a.w yang terpeihara daripada dosa pun setiap malam tak pernah tinggalkan solat taubat.apatah lagi kita yang dosa tinggi melebihi gunung EVEREST. tak terkira kan?kalau tiba rasa malas..tak kuat nak qiam..cuba pergi majlis ilmu.. sebab ilmu agama tu bagi roh kita makan. so cergas lah sikit nak qiam nanti.
wallahualam.
Ketahuilah! bahawa dalam badan ada seketul daging,apabila baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! itulah yang dikatakan hati.
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
KEKUATAN SEBENAR TERLETAK PADA HATI..