Daisypath Graduation tickers

9.1.12

ringan di dunia berat di akhirat.

sumber

http://nasbunnuraini.wordpress.com

Subhanallah Wabihamdihi

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa pada waktu pagi dan petang mengucapkan Subhanallah wabihamdihi (Maha suci Allah dan segala puji baginya) sebanyak seratus kali maka tidak ada seorang pun yang akan datang pada hari kiamat nanti membawa pahala sebesar itu kecuali mereka yang membaca kalimah itu sebanyak 100 kali atau lebih dari itu” (Riwayat Imam Tirmidzi)
Maha suci Allah dan segala pujian hanyalah berhak diberikan kepadanya kerana dialah yang memiliki kedudukan yang tertinggi dan kepadanyalah kita menumpang. Pujilah Allah yang sangat hebat dan jika sekiranya 7 lautan dijadikan dakwat untuk memuji dan menulis kehebatan Allah, ianya masih tidak mencukupi.
Al-Kahfi [109] Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.
Luqman [27] Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)
Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)
Dalam zikir yang lain pula: ……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redhaNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)