Alhamduillah. Baru2 ni keluar makan dengan prof naznin. Prof
banyak bagi nasihat. Masa kami ni challenging. Dunia sekarang ni macam2
ragam.banyak masalah. Nanti dah berumah tangga kita akan expose kepada real
life disamping dengan kesibukan bekerja nanti. Memang kena kuat. Masing2 ada
dugaan yang tersendiri. Lama2 nanti bila dah bekerja dah berumah tangga
walaupun ada suami yang beragama tapi bila dah senang dah bekerjaya dah banyak
duit,kita mudah lupa.lupa tuhan .lupa pada isteri keluarga. Semua tu dugaan.
Apa2 pun prof kata,kita ada Allah. Minta Allah.untuk jaga
kita dan keluarga kita. Minta perlindungan dari Allah. Yang penting Jangan
risau. Banyak kan berdoa. Moga Allah beri yang terbik. Walaupun kami semua
masih belum berkahwin dan belum lagi ada komitmen.dan belum hadapi lagi asam
garam berumah tangga. Tak nampak lagi real life yang sebenar.
Moga ALLAH kurniakan suami yang memahami, yang
menyayangi,yang setia, dapat bersama ketika susah dan senang . yang penting
sentiasa berada dilandasan agama dan dapat bimbing diri ini sentiasa ingat kepada
Allah.
Waktu lunch, kami rasa inferior sebab ramai kawan dah grad.
Tapi kami belum. Masih belajar. Rasa inferior sebab banyak lagi perlu
dipelajari. Prof kata no rush right. Tak kisah grad umur berapa pun. Kita still
dapat kerja nanti.inshaAllah. Semalam bila balik oncall pukul 10pm terasa penat
bila sampai bilik, lepas tu solat,baca quran, rehat sekejap sambil berfikir rasa
sangat bersyukur kerana masih ada masa untuk merasai nikmat masa yang
terluang,tak sibuk dengan berkerja lagi untuk lebih dekatkan diri dengan Allah.
Bila dah kerja nanti penat, pesakit
lebih diutamakan. Alhamduillah saya masih ada lagi masa setahun untuk menikmati
masa terluang sebagai seorang pelajar, yang tiada komitmen kerja dan juga rumah
tangga. Gunakan masa sebaik-baiknya untuk belajar dan terutama sekali untuk mendekatkan
diri kepada Ilahi.
InshaAllah , yang Allah janganlah biar aku leka dengan dunia
ni, sibuk mengejar dunia hingga lupa pada tujuan sebenar kehidupan. Moga Allah
sentiasa bimbing aku dan keluargaku dilandasan agama nya..