26.12.10

percutian 1keluarga complete!

alhamdulillah,
balik-balik weekend ingat nak study untuk preparation midsem biology,
last-last secara drastic nya saya complete sekeluarga pergi bercuti di A FAMOSA,melaka!!!!

gigi


anak buah ku..mempersembahkan...

kami baru bangun! xsabar2 nak mandi yey!!!


 
 OK LATIHAN PERNAFASAN DULU!



SEDIA MULA!!!! 1 MIN..2 MIN..3MIN...





ALAMAK AIR MASUK!





 USAHA TANGGA KEJAYAAN..





TAKUT....




SAMBUT!!!!






BUSSSHHHH!!!!






SAYA BERJAYA! ANDA PULA BAGAIMANA?

THE END













22.12.10

Express my FEELING

Biology is the only subjects that can make me stress.
1st stage=learn
2nd stage=read and understand 
3rd stage=memorize


                                       
                                               tHIs book=price= RM90


                                     WHY? ''not for sale in malaysia'' takde ke?


                                         ThIs AL-QURAN tRansLatiON= only RM70
                              
                                      if you afford to have cambell book
       you should also afford to have this translation.so,you can understand deeply of every single words in quran and besides we can learn arabics too =p


You should have this AL-QURAN TAFSIR PER KATA.



1-better understanding for Arabic language
2-highlight detail on tajwid
3-every surah has related hadiths
4-has SMS/QMS= quran message service.



16.12.10

amalan MUHARRAM

Amalan pada bulan Muharram..!!
Amalan pada 1 Muharram:
1) Doa melihat awal bulan (termasuk bulan-bulan lain):
اَللَّهُمَّ أَهِّلْهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالسَّكِينَةِ وَالْعَافِيَةِ، وَالرِّزْقِ الْحَسَنِ وَالتَّوْفِيقِ، كَمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ.
“Ya Allah, perlihatkanlah ia kepada kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keIslaman, ketenangan, keafiatan dan rezeki yang baik serta taufiq seperti apa yang Engkau suka dan redha. Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat Ath-Thobrani dari Ibn Umar).
2) Doa:
اَللَّهُمَّ أَنتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ، الْحَيُّ الْكَرِيمُ، الْحَنَّانُ الْمَنَّانُ، وَهَذِهِ سَنَةٌ جَدِيدَةٌ، نَسْأَلُكَ فِيهَا الْعِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَاْلإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Kekal, yang Tiada Permulaan, yang Hidup, yang Berdiri dengan SendiriNya, yang Mulia, yang Lemah Lembut, yang Memberi. Dan inilah tahun baru. Kami memohon kepadaMu Ya Allah padanya pemeliharaan dari syaitan yang direjam dan kuncu-kuncunya, dan pertolongan atas nafsu yang mendorong kepada kejahatan, dan menyibukkan diri dengan apa yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu, wahai Allah, yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.”
3) Doa Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Syafi’e di Makkah pada abad ke-19. (Dibaca pada 1-10 Muharram, sebanyak 3x, setiap hari):
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ وَسَنَةٌ جَدِيدَةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ، نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّهَا، وَنَسْتَكْفِيكَ فَوَاتَهَا وَشُغْلَهَا، فَارْزُقْنَا الْعِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، اَللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيرًا بِعُيُوبِنَا، وَمُطَّلِعًا عَلَى عَوْرَاتِنَا مِن بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا، وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَشَمَائِلِنَا، يَرَانَا هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ. اَللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْتَهُ مِن رَّحْمَتِكَ، وَقَنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قََنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ كَمَا حُلْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ، وَأَنتَ الْفَعَّالُ لِمَا تُرِيدُ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
“Ya Allah, Engkaku Tuhan yang tiada permulaan, tahun baru ini telah datang. Kami memohon kepadaMu dari kebaikannya dan kami berlindung dariMu dari kejahatannya. Dan kami memohon penjagaan dariMu dari perginya dan kesibukannya, maka rezekikanlah kami dengan penjagaanMu dari syaitan yang direjam. Ya Allah, Engkau telah memberi kuasa kepada kami musuh kami yang dapat melihat keaiban kami, dan mengetahui cacat cela di hadapan dan di belakang kami, di kanan dan di kiri kami, dia dan kuncu-kuncunya melihat kami sedangkan kami tidak dapat melihat mereka. Ya Allah, jadikanlah ia berputus asa terhadap kami, seperti mana ia berputus asa dari rahmatMu, jadikanlah ia berputus asa terhadap kami, seperti mana ia berputus asa dari keampunanNya. Dan jauhkanlah ia dari kami seperti mana Engkau telah menghalangi antara ia dengan keampunanMu. Engkaulah yang berkuasa di atas perkara itu, Engkaulah Yang melakukan apa yang Engkau kehendaki. Semoga kesejahteraan dan keselamatan Allah kurniakan ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda.”
4) Surah Al-Fatihah:
Malam 1 Muharram: 70x, 2 Muharram: 60x, 3 Muharram: 50x, 4 Muharram: 40x, 5 Muharram: 30x, 6 Muharram: 20x, 7 Muharram: 10x.
5) Ayat Al-Kursi, 360x (pesanan Syaikhuna, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki).
Amalan pada 9 Muharram (Tasu’a’):
1) Puasa pada 9 Muharram (Tasu’a’)
Amalan pada 10 Muharram (‘Asyura’):
1) Puasa pada 10 Muharram (‘Asyura’): (Menghapuskan dosa setahun yang lalu)-maksud Hadith).
2) Bacaan (mengikut pesanan Asy-Syaikh Al-Ajhuri), (boleh dibaca 70x):
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلِ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرِ.
“Cukuplah kepada Allah kami berserah. Dialah sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik yang pemimpin dan sebaik-baik penolong.”
3) Bacaan:
سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ الْمِيزَانِ، وَمُنتَهَى الْعِلْمِ، وَمَبْلَغَ الرِّضَى، وَزِنَةَ الْعَرْشِ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنجَأَ مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ، وَعَدَدَ كَلِمَاتِ رَبِّنَا التَّامَّاتِ كُلِّهَا، نَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، وَهُوَ حَسْبِي وَنِعْمَ الْوَكِيلِ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرِ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
“Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sehabis ilmu, sejauh ridhaNya, seberat Arasy, tidak ada tempat berlindung dan berlepas diri dari Allah, melainkan kepadaNya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan yang ganjil, sebanyak bilangan kalimat Allah yang sempurna semuanya, kami memohon kepadaMu keselamatan dengan rahmat dariMu, wahai Tuhan yang Penyayang di antara yang menyayangi, dan tiada daya (dari berbuat kejahatan melainkan dengan perlindungan Allah) dan tiada kekuatan (untuk melakukan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah), melainkan dengan izin Allah, yang Maha Tinggi, lagi Maha Agung. Dialah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Penolong. Semoga kesejahteraan Allah kurniakan ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda kesemuanya, dan segala pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan sekelian alam.”
4) Doa:
اَللَّهُمَّ يَا مُفَرِّجَ كُلِّ كَرْبٍ، وَيَا مُخْرِجَ ذِي النُّونِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَيَا جَامِعَ شَمْلِ يَعْقُوبَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَيَا غَافِرَ ذَنبِ دَاوُدَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَيَا كَاشِفَ ضُرِّ أَيُّوبَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَيَا سَامِعَ دَعْوَةِ مُوسَى وَهَارُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَيَا خَالِقَ رُوحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيه وَسَلَّمَ حَبِيبِكَ وَمُصْطَفَاكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَيَا رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ، إِقْضِ حَاجَاتِنَا فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَأَطِلْ أَعْمَارَنَا فِي طَاعَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ وَرِضَاكَ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَأَحْيِنَا حَيَاةً طَيِّبَةً، وَتَوَفَّنَا عَلَى اْلإِسْلاَمِ وَاْلإِيمَانِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
“Ya Allah, Yang melepaskan setiap kesulitan, wahai Yang mengeluarkan Zi an-Nun (Nabi Yunus dari perut ikan nun) pada hari ‘Asyura’, wahai Yang mengumpulkan keluarga Nabi Yaaqub pada hari ‘Asyura’, wahai Yang mengampunkan Nabi Daud pada hari ‘Asyura’, wahai Yang melepaskan kesulitan Nabi Ayub pada hari ‘Asyura’, wahai Yang mendengar doa Nabi Musa dan Nabi Harun pada hari ‘Asyura’, wahai Yang menjadikan roh penghulu kita, Nabi Muhammad, kekasih dan pilihanMu pada hari ‘Asyura’, wahai Tuhan dunia dan akhirat, Tiada Tuhan selain Engkau, tunaikanlah hajat-hajat kami di dunia dan akhirat, dan panjangkanlah umur kami dalam ketaatan kepadaMu, kasih sayangMu dan keredhaanMu, wahai Yang Pengasih di antara yang mengasihi. Dan hidupkanlah kami dengan kehidupan yang baik, dan matikanlah kami dalam agama Islam dan iman, wahai Yang Pengasih di antara yang mengasihi. Semoga kesejahteraan dan kesejahteraan Allah kurniakan ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda, dan segala pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan sekelian alam.”
5) Doa Nabi Yunus (dibaca 41 kali, selama 40 hari tanpa putus, setelah solat Subuh sebelum berubah kedudukan Tahiyyat Akhir):
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang berbuat zalim.”
6) Berbuat baik kepada ayat yatim (diberi kebaikan sebanyak rambut di kepalanya).
7) Bersedekah kepada fakir miskin.
8) Meluaskan perbelanjaan rumah tangga: (“Sesiapa yang melapangkan perbelanjaan ke atas keluarganya pada hari ‘Asyura’, Allah akan meluaskan rezekinya pada tahun itu”-Riwayat Al-Baihaqi dari Abu Sa’id al-Khudri).
9) Bercelak-mata, dan amalan ubudiyyah yang lain.
Disediakan oleh:
Al-Faqir ilallahil Qadir, Muhadir bin Haji Joll, Surau Al-Ulum, Kota Damansara, 1 Muharram 1431H/ 18 Disember 2009M.

Sebarkan...!!

15.12.10

puasa sunah asyura muharam

* Artikel lama dicadangkan untuk pembacaan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

11.12.10

9 JENIS WANITA KE NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:








"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis."







Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"



Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis.


Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.


9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya."


3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
sumber: Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga

Jika syurga dan neraka tiada

DALAM surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11 Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanahnya (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Motivasi yang tidak ada tolok bandingannya dalam kita berusaha memperoleh tiket meraih syurga Firdaus, iaitu manusia perlulah beriman dan memenuhi tujuh perkara berikut:

1.Khusyuk dalam solat

2.Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia

3.Menunaikan zakat

4.Menjaga kemaluan

5.Memelihara amanah-amanah yang dipikul

6.Memegang janji dan

7.Memelihara solat.


Mungkin tujuh perkara di atas nampak mudah namun untuk mempraktikkannya perlu kepada kesungguhan dan disiplin. Pun begitu, setiap sesuatu itu ada jalan penyelesaian dan jawapannya. Malah sesuatu kejayaan itu datang dalam diri individu itu sendiri.


Namun pernahkah kita bayangkan jika sekiranya syurga dan neraka itu tidak ada? Adakah manusia mahu sujud kepada Allah? Barangkali wajar kita kemukakan pertanyaan ini.


Ini kerana ramai manusia di atas muka bumi ini yang beribadat kepada Allah kerana menginginkan syurga dan takutkan neraka.


Syurga dan neraka ibarat hitam putih kehidupan yang menunjukkan kebaikan dan keburukan. Kehidupan setiap manusia berakhir sama ada di syurga ataupun di neraka.


Ibnu Umar melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia, diperlihatkan kepadanya di waktu pagi dan petang tempat tinggalnya nanti iaitu neraka ataupun syurga dan dikatakan kepadanya, "Inilah tempat tinggal engkau, kelak engkau dihantar ke sana." (riwayat Imam Bukhari)
Namun sejauh manakah kita memanfaatkan dan menghayati erti syurga dan neraka yang sebenar. Adakah semata-mata kerana ganjaran syurga dan takut pada seksaan api neraka, kita tunduk patuh kepada perintah Allah atau disebabkan keikhlasan kita sebagai hamba-Nya yang beriman.



from http://hanifhafiz.blogspot.com/2010/12/jika-syurga-dan-neraka-tiada.html

7.12.10

mengapa nak jadi doctor?

"saya nak jadi doctor sebab gaji doctor banyak .....kalau itu yang kamu fikirkan,baik lupakan saja kerjaya doctor ni.."

ni adalah salah satu daripada nasihat Dr.Danial Zainal Abidin waktu program Fiqh Perubatan kat UIA baru-baru ni.betul tu,ramai yang salah anggap tentang kerjaya doctor ni..

ada yang cakap jadi doctor ni senang,contohnya bukak klinik setiap hari ada je pesakit datang dan doctor akan tanya "ya,cik sakit apa? "
"dekat mana sakitnya?"

then, bagi ubat terus.. the end....

kalau ikutkan proses nak jadi seorang doctor ni,sangat la sukar,
kena belajar 5 tahun,kalau fail kena repeat year, bukannya repeat sem...
lepas tu kena jadi houseman(HO) selama 2 tahun,waktu ni pulak memang akan tension yang teramat sebab sebagai seorang doctor pelatih memang banyak kesalahan yang perlu diperbetulkan oleh senior-senior.
even ada yang kena marah depan pesakit.

satu hari tu,saya pergi  klinik ..
doctor ni sangatla muda...
dia pon tanya,adik belajar kat mana..amik course apa?

dia pon kata, "jadi doctor ni bukannya senang,
ada kawan doctor ni,dia dah belajar 5 tahun.bila start jadi HO, dia terus tukar career.sebab dia tak ada jiwa dalam bidang kedoktoran ni.

jadi doctor ni bukan je kena marah dengan pakar-pakar..tapi pesakit pun boleh marah kita.

contohnya,berdasarkan pengalaman seorang doctor ni,
ada seorang pesakit dia telan racun,tapi tak tau racun apa,
jadi dia suruh nurse masukkan air banyak-banyak dalam badan pesakit ni,jadi dia pon banyaklah kencing.
yang nurse ni,asyik marah je dengan doctor ni sebab menyusahkan dia kena sentiasa cucikencing pesakit ni.

satu hari,waktu doctor ni sembahyang,dia tak pakai name-tape sebab Allah tau nama dia..buat apa nak pakai nametape..tiba-tiba seorang laki bawak parang masuk bilik dia dan tanya siapa yang rawat budak perempuan yang telan racun tu? lepas tu dia junamkan parang tu kat meja doctor ni..

doctor ni pon kata "sekejap saya panggil doctor tu".
kebetulan toilet tengah renovate,dia pon amik penukul sambil sorak belakang badan dia..
sampai-sampai kat meja dia pon ketuk-ketuk parang tu sampai tak nampak...
doctor ni pon jawab,"SAYALAH DOCTOR TU,KENAPA?"
laki tu terus lari lintang pukang..

ha..kan sangat-sangat berisiko....Allah je yang dapat tolong saat tu,yang nurse tu pulak sorok bawah katil pesakit sampai tersekat tak boleh nak keluar balik...

um,tapi saya tetap yakin,FOR THE SAKE OF THE UMMAH!

macam artikel kat bawah ni,bacalah sedikit sebanyak untuk betulkan balik apa tujuan anda nak jadi doctor.
http://syauqah-wardah89.blogspot.com/2010/12/allah-taught-us-by-way-he-want.html


Believe in what already and will be happen afterward  is the best of what He had already planned to us. Every single things that Allah create in this earth and even this whole universe have its own ‘hikmah’ beneath it. Every hardship and difficulties that we faced is one way of tarbiyyah by Him. He taught us by the way He want to. That’s what make us become a human being.

So here I am  and I’m gonna giving some advices to me myself as well as build back my spirit inside me as I should always accept His will with gratefulness and cardiomegaly =). I really mean it, by really really thankful to Him by placing me the way I am now. He knows the best for me and you. He will never ever put us in a situation that we are unable to carry on with it. This is His promise and will always be true.

By His will, I am now choosing a hard path and I’m never felt afraid as He always be there, looking at me and ready of giving His ‘hand’ to help me whenever wherever I’m feeling down and messed up with my probs. But actually its kind of success for me as I’m already get ‘pass’ marks by successfully gone through it. To be honest, yes I choose medical school because my parent want me to.



It  is so unexpectable, there are so many many many medical/dental student out there who did take this road because of their parent ask so. And so do i. I’m expecting of me, the only one who choose this hard path because of my parent want me to. Being a doctor in my future are something which never ever come across into my mind long long time ago.

Since I was a little girl, my ambition is always changeable. Starting with I do and always want to become a teacher. The reason is might be I’m surrounding by people who taught me from knowing the single letter of  a,b,c until I can fastly read a book. Impressing with this noble job I’m thinking of being of one of them when I’m grown up later on. As to apply my super duper noble and kind ambition in so that little age, sometimes  me and my others cutey lovely friends will always playing ‘teacher-teacher’=P . By practicing of being like a matured and brilliant teacher plus becoming like other ‘adult’. Kinda fun. =)

Up to next stage, I’m starting to think of a little bit high. Like an ‘adult’ child [konon]. Huhu.. and yet my ambition was a little bit up to. I’m starting to think of being a lecturer. Same as teacher but a little bit higher and maybe harder as lecturer need to teach ‘adult’ students. I’m stick to this ambition until I’m up to lower grade of secondary school. Interesting right coz I’m such a loyal person too [to my ambition lahh=P]

Up to form 5, during my mock interview, my ambition also change as I’m also change since I got placed in a boarding school. I’m start to think serious of what am I gonna be later on. Since that, I’m stick to doctor! Because my parents want me to. Because they really really want me to be a doctor. A good muslim doctor.

Now, almost 1 year and half I’m here. In medical school. Doing MBBS. Because of them. I love them so  I need to make it till the end. My interest in this field starting to grew as I’m learning many new things. Its all about our life. About anatomy, physiology, pathology, biochemistry, pharmacology and many many more. And I’m starting to love all of this subjects even they gave me headache, tachycardia sometimes [ continuously actually ^_^] And this is what we called medical students.

Being a medical student, we need to love love love reading. Even it is not taught by the lecturers, we need to find it out by ourselves. Medicine is not something of give and take. It is something that need effort of the one who involves in it to keep on searching and learning. It is a field of long-life learning. Till the end, we need to learn. Even, those who already got ‘Prof Dr’ or something like that need to learn more. Even he or she already a specialist in his field, he still need to learn and learn.

Being a doctor, there are so many expectation from people surrounding. They expecting of the best we should give to them. They need help and we need to help them by the best we can. And that the goal. We help people to get better because of Allah. From here, our intention is most important! Setting a good intention for the sake of people’s life. Even we are too busy with our job even we are too stress with patients that continuously coming, we still need to give the best. Treat them well as we treat our family. Because what we did are being wrote by Raqib and Atid. And will be judge by Allah later on.



Believe in He always be there for us to ask help. He will never ever disappoint us. He will help us by the way he want. It is about we realize it or not. Sometimes what we think that He keep on testing us but actually He are helping us. He will reward us by the time we pass the test. Doesn’t it sounds great? Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. ‘ala kulli hal ya Rabb.


And to be noted that being a doctor is being a da’ie with a big responsible. I still remembered of my murobbi had said, “…u should not let this chance go as u can be the real daie later on. People keep searching you because of their disease and you should take this opportunity to make them as your mad’u. By the time they meet you, you should ‘lighten up’ their heart and soul by giving just few sentences of tazkirah in just few seconds. Make them remember in Allah. Even in just one seconds...”

So, from now on what I need is to set up my intention. I am now in this field for the sake of Islam. Not for my benefit. But for Islam, my Deen, my way of life. Being a good doctor, a professional Muslim doctor by showing qudwah hasanah to the patients, nurses, staffs and others. This is what Prophet SAW had taught us. Touch people’s heart by the way we act. Take them with us by the way we treat them. And this is my promise to me myself. Allah and Rasulullah is the most upper mission. And Kalamullah will be always by my side, inside my heart, lighten up my soul. To be a good Muslim Mu’min Muhsin doctor for the sake of my Deen, Islam! inshaALLAH...^___^

Don't be just any doctor, be a MUSLIM DOCTOR!

6.12.10

aku hanya hamba kepada-NYA

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat...

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.

Dan darahku membasahi jalan..


******************************************************************************


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....



Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?

Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

*******************************************************************************


"Yassin.......".  

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.


"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".

tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".


Mari cu... ikut nenek..
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,
kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

''Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".
 Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.


Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. 

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.

rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.


"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".


Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.

Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.  

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!


“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam.. 



* dipetik dari facebook