Daisypath Graduation tickers

23.8.11

cuti 3bulan hampir berakhir!

kelas ting 2 aliran agama (2KAA) nice to be with them!
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

 waaaaaaaaaaahhhh cuti tinggal lagi 2minggu dan penantian yang selama ni ditunggu-tunggu bakal jelma jugak akhirnya.insyaallah. =p nak masuk main campus la!(agak ketinggalan sikit dari member2 yang lain). takpe-takpe ada hikmahnya.hanya Allah yang tahu.

kini tinggal 7hari lagi puasa. kita dah kat 10malam terakhir ni, doa-doalah moga Allah rezekikan kita lailatulqadar iaitu malam yang lebih  baik lagi daripada 1000bulan. amin

best kan cuti? bila cuti lama sangat kita rasa nak cepat masuk belajar. pastu bila belajar lama sangat kita nak cuti.

cuti yang lama kali ni alhamdulillah dapat jugaklah kerja.
kali ni kerja kira profesional sikitlah daripada kerja lepas spm dulu.
jadi cikgu ni best kan?dahlah dapat balik awal......
then yang paling penting dapat share ilmu yang dia ada.
nanti bila mati, bekalan dia tak putus-putus.
sebab dia share ilmu yang dimanfaatkan
bila anak murid dia jadi cikgu pulak,
ilmu tu diturunkan lagi,hurm lagilah beranak pinak pahala dia dapat..hehe

ok,saya jadi guru ganti bahasa arab komunikasi.....
best jugak dapat recall balik kalimat2 yang pernah belajar dulu.
awal-awal sebelum nak ajar tu cuak la jugak.mana taknya dah tinggalkan 2 tahun bahasa arab nih..
memang sayang sangat2 tak sambung arab tinggi waktu spm dulu.
sekolah sains kan tak ada arab(sebenarnya saja je masuk sekolah sains sebab tak nak sambung arab) ish2~
tapi memang seriously korang akan menyesal kalau buat macam ni. betul..betul..
sebab kita dah ada basic arab tapi tak teruskan memang sayang.kalau tak insyaallah baca quran pun boleh translate or faham terus. kan best tu?

sepatutnya saya jadi guru ganti dalam sebulan setengah urm gaji dia okla tak sebanyak orang yang kerja kat kedai cenderamata kat tasik puteri ni.saya tanya akak tu,"kak kerja kat sini brapa gaji dia?" dia pun jawab, "RM1200" waahhh banyak tu!!!!
ok tak pelah tak kisah pun asalkan saya dapat rehat kat rumah lagi lama dari dia hehe

waktu dalam kelas,first time macam jadi cuak bila tiba-tiba ada student perempuan datang,
pastu dia kata ,"ya muallimah, ismah lil khuruj ilal mirhad."
urmm.. saya pun angguk jelah..sebab tak terfikir nak jawab,"naam" ke "limaza?" ke.
wah,bagus betullah dorang ni,dah praktis cakap arab dari sekarang lagi!!
then,tahun pmr sekarang ni,bahasa arab komunikasi dia dah start kena buat insya' ataupun karangan.
urm,saya dulu mana ada karangan-karangan ni,setakat soalan bergambar pastu bina dalam 5 ayat berdasarkan gambar tu bolehlah.
tapi tak pe, ni permulaan diorang supaya tak terkejut bila kena buat karangan panjang2 dalam arab tinggi nanti.kalau teruskan arablah waktu spm nanti.moga-moga diorang teruskan amin.

ok,waktu start kerja je dah kena tanda kertas periksa bahasa arab form 1,2,3dan pendidikan islam form 5. kertas arab lah paling makan masa nak tanda. kadang-kadang baca jawapan diorang ni tergelak-gelak haih.
contohnya soalan suruh translate dalam arab.translate ayat berikut, "menyuruh kawan diam dalam kelas"

bila baca jawapannya, senang nya dia jawab  "sshhhhhh!!!!!" macam tu je.amboi2 pandai beno diorang taram kan.

ok yang geramnya bila tanda kertas periksa pendidikan islam, yang kosong tu ha sekejap je tanda.tapi yang tak geti jawab tu menambahkan kemarahan bila dia jawab
  1. entahla saya pun tak tahu
  2. entahlah saya pun tak tahu jugak
  3. entahlah lagila saya tak tahu
aish geram tak geram tak?? rasa cam nak koyak koyak je kertas budak tu.... huhu
jadi adik-adik sekalian janganlah sekali sekala buat macam ni dalam periksa ya.ini akan menambahkan lagi temperature si pemeriksa.kalau tak tau pun lebih baik biar kosong daripada jawab macam ni..

ok,yang bestnya dapat pergi kem arab jadi pengalaman sebagai guru pengiring hehe
bila jadi guru pengiring ni,baru terasa susah jugak sebenarnya,bila ada apa-apa2 je mesti students datang tanya kat kita. ada satu kes ni kelaka beno, sorang student ni menagis-nangis selipar dia hilang.pastu dia marah-marah.dia kata"saya susun selipar elok-elok je,diorang yang sepahkan selipar saya.kalau ye pon jangan la main buang je selipar saya"
urm,kes ni dia ingatkan selipar dia kena campak sebab tak susun.
tapi,bila tengok-tengok balik, cikgu tu campak 3 selipar je pon..
punyalah kawan dia cari,carik punya carik
rupanya ada ustazah ni tengah pakai/pinjam selipar dia.aishh sabo jela, daripada nangis bagai nak rak,terus tergelak-gelak pulak...

yang beratnya ganti tempat ustazah ni sebab dia jadi guru kelas,jadi saya pon kenalah key in segala markah peperiksaan diorang, benda bertambah susah bila kita dah buat kerja tapi masalah komputer.sabar jelah. markah terbaru dah save tapi bila on balik update markah2 yang lain,markah yang dulu2 dah dibetulkan jadi tak betul balik. tak pelah buat-buat faham jelah cerita ni. urm ,begitulah cabarann2nya. selamat lah waktu hari terbuka parents diorang ni ok2 je. takpe!yang penting saya dah betulkan semua markah tu balik untuk kali ke4.!!!!!  fuuuhhhhhh penat kot

jadi guru kelas jugak kena drive bawak students pergi shopping2 beli barang untuk hari kesahawanan.wah banyak betul benda kena buat waktu jadi guru ganti time tu.
ok,yang takutnya,waktu jual kupon,jadi dah abis jual kiralah duit. sepatutnya duit tu kena ada RM5** pastu kira punya kira,ada RM 300 dan selebihnya duit singgit-singgit.dah cuak.jangan tak cukup sudah.dahlah gaji sampai la ni pun tak dapat macam mana nak ganti nanti? alhamdulillah memang tepat-tepat pun duitnya! =p
lagi 1 yang tak dapat diterima akal,tak pasal-pasal saya kena amik gambar jadi guru kelas diorang untuk masuk dalam majalah sekolah. huhu kesian ustazah guru kelas sebenar,tak dek gambar dia untuk kelas tu.

ok,tiba-tiba orang pejabat panggil dia bagi surat kata kerajaan bagi kerja sebulan je.fuhh lepas dia cakap tu,patutnya rasa sedihlah dah tak kerja.tapi muka happy bebeno sengih memanjang sebab tiba2 dapat cuti!
then,lepas sebelun cuti,sekolah panggil ganti cikgu lain pulak sebab dia accident,tapi saya ganti 2 minggu jelah..kali ni memang PALING BEST!!! kerja nya terlampau relax sangat daripada sebelum ni. balik pun pukul 12 setengah sebab bulan puasa. yang kena ajarnya subjek geografi je.untuk 2 kelas je! yang waktu selebihnya masuk je kelas tu duduk tercegat kat meja tu. yelah sebab subjek PJK je kot? =p
takkan nak bersukan waktu puasa2 ni.marah mak bapak nanti hehe

hm..begitulah pengalaman yang dapat dikongsikan.cewah. ada lagi..ada lagi...!!!
cuti ni,saya dah pergi kursus kahwin.hurm bosanlah jugak duk dengar ceramah kahwin tapi bukannya nak kahwin lagi pon.huhu

ok,kesimpulannya, jadi surirumah lagi best, sebab memanjang duk kat rumah. =p
tapi yang terbaik adalah manusia yang dapat memberi manfaat pada yang lain and manusia yang dapat bagi ilmu yang memanfaatkan. wallahualam.

semoga baki cuti yang ada ni,kita semua dapat guna sebaik-baiknya sebelum dah tak ada dah cuti 3 bulan macam ni bila dah start belajar nanti!!!!!   mari rebut peluang lailatulqadar untuk 10 malam yang terakhir ni ya!!dan yang penting jangan lupa khatamkan al-quran at least sekali dalam bulan barakah ni.insyaallah.

16.8.11

amalan 10malam terakhir ramadhan

sekadar mengepost semula post yang telah dipost,dalam post kali ini.
moga bermanfaat.insyaallah

RISALAH AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN


بسم الله الرحمن الرحيم
AMALAN UMUM :


a) Sebolehnya beri’tikaf.
b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.
c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.
d) Makan sedikit waktu iftar .
e) Solat fardhu berjemaah.
f) Solat Rawatib dan Nawafil.
g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.
h) Bersedekah.
i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.
j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan :
1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)
3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)




AMALAN KHUSUS:


PAGI:
1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat .
2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.
3- Sebelum naik matahari baca :
i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)
iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)
4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.


TENGAHARI:
1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.
2- Ratib al-Aththos.
3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)
PETANG:
1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.
2- Hizb al-Bahr.
3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)
MAGHRIB:
1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa .
2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.
3- Solat sunat Awwabin.
4- Ratib al-Haddad.






ISYA’:
1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.
2- Solat Tarawih dan Witir.




Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar :


Bermula pada pukul 12 tengah malam:
1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian .
2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.
3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
4- Membaca Al-Qur’an.
5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)
6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)
8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)
9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)
11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
12- Ayat Al-Kursi. (3x)
13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.
14- Al-Wird al-Lathif.
15- Membaca doa khusus .
16- Solat Lailatul Qadar .
17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah .
LAMPIRAN:


(A):


Sebelum berdoa bacalah:


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


Sebelum berselawat bacalah:


إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
\
Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً


Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya .


(B):


Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:


1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”


Fadhilat:
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”
2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:


اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ


“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”


Fadhilat:
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”


Cacatan:
Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:


اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ


“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”


(C):


Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:


1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)
2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)
3- يَا كَرِيمُ (1x)
4- Doa:


اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.


“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”


Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.


(D):


Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.


Kaedah:


Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).


Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21 .


Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu .
Tanda-tanda:


1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.
2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya .
3- Anjing tidak menyalak .


(E):


Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:


بسم الله الرحمن الرحيم


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”


Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab .


(F):


Solat pada malam berlakunya Lailatul Qadar
Lafaz niat:


أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى


“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.


Solat pada malam 27 Ramadhan .


Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.
Rujukan:


Bahasa Arab:
Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.
Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.
Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.
Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.


Kitab Jawi:
Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.
Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.
Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.
Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.


Bahasa Melayu:
Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.
Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.
Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.
Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.
Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.




* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.


Disusun oleh:
Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-Ghani
Muhadir bin Haji Joll
24 Ramadhan 1431H/ 4 September 2010M.