12.3.10

~ganjaran wuduk serta niat~

'barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah doasa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari jemarinya.'

(hadis riwayat muslim)


ketika berkumur; berniatlah "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

p/s:stp hari kita bercakap perkara tidak berfaedah..semoga kita tidak lagi memperkatakan
sesuatu yg tidak membawa kebaikan.

ketika membasuh muka:berniatlah "Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

p/s:ahli syurga wajah mereka berseri-seri..semoga kita tergolong di kalangan mereka.

ketika membasuh tangan kanan:berniatlah:"Ya Allah,berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"

p/s:ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

ketikamembasuh tangan kiri:berniatlah,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisabku
ditgn kiriku ini"

p/s:ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

ketika membasuh kepala:berniatlah"Ya Allah,lindungilah aku dari panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu."

p/s:panas di Padang Mahsyar seperrti matahari sejengkal di atas kepala.

ketika membasuh telinga:berniatlah"Ya Allah,ampunilah doasa telinga ku ini."

p/s:setiap hari kita mendengar orang mengumpat,memfitnah da lain2 perkara buruk.

ketika membasuh kaki kanan:berniatlah"Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian SIratul Mustaqim,"

p/s:ahli syurga melintasi titian dgn pantas sekali.

ketika membasuh kaki kiri:berniatlah"Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid,surau dan bukannya tempat maksiat."

p/s:qada' dan qadar kita di tangan Allah.

No comments:

Post a Comment