1.1.11

Pengalaman lampau

ilmu tanpa perkongsian, sedihnya.....

ilmu tanpa amal pun seperti pokok tidak berbuah..

amalan tanpa keikhlasan adalah paling-paling rugi..

  1. ILMU
  2. AMAL
  3. IKHLAS
teringat imbasan memori silam


waktu tadika,main,main dan main.
bila waktu balik,t kelas aku balik awal, aku pon tunggu  luar kelas kawan aku, aku rasa jealous sangat sebab ustasah yang ajar kelas tu sangat-sangat bersemangat dan aku yang duduk kat luar kelas tu pon boleh faham.

sekarang aku terfikir,di situlah keikhlasan dan semangat ustazah tu mengajar.

dulu aku tak pandai sangat tengok jam,start darjah 2 baru boleh tengok jam betul-betul.
aku ingat jugak muka cikgu lelaki yang ajar aku tengok jam tu,dalam kelas dia ajar memang semangat.siap dengan lukisan jam bulat besar-besar kat papan hitam.

ya di situlah semangat dan keikhlasan.

aku ingat lagi cikgu azizanajar aku math.dia tak pernah tak masuk kelas melainkan ada mc. dia ajar aku proses bahagi darab. semua satu per satu.satu hari aku tak siap homework dia bagi.
kena diri atas kerusi pastu kena rotan.hehe walaupon aku tau dia nak rotan aku. aku tak kesah.sebab dia cikgu best!dia membuatkan aku faham mathematics.


dulu sebelum masuk darjah 6.aku tengok papan putih kat tempat tuition aku dari luar. susahnya. tulisan kat situ dalam english untuk solving problems in math untuk abang2 and kakak2 darjah 6 yang nak naik form 1. aku pon fikir. english aku kat sekolah? betapa teruknya.macam mana aku form 1 nanti?

waktu sekolah rendah setiap kali subjek english,berpuluh-puluh muka surat kena buat homework.tapi malangnya.tiada explanation. hanya arahan dan tugas sahaja. aku tak faham langsung!

.i'm lost.


bila start form 1,aku masuk sekolah baru..suka sangat yela baru dibina,kipas baru, meja baru, kelas pon baru!kawan-kawan semuanya baru.maklumlah perumahan baru di bina.

aku suka sangat.waktu tu aku rasa semua cikgu-cikgu yang ajar aku dedicated sangat.tak pernah tak masuk kelas.ajar satu-satu. dari situ english aku mula improve. cikgu ajar grammar satu-satu.alhamdulillah bila test,aku dapat jawab. dengan semangat cikgu tu ajar.aku mampu.

mathematics science pon semua cikgu tu explain dengan sabarnya.maklumlah waktu tu tahun ke 2 english in math and sc. Alhamdulillah aku dapat bawak. terima kasih cikgu.

bahasa malaysia pulak aku susah sangat nak dapat A.jadi aku pergi tuition bm. pelik kan?orang tuition subjek critical.aku tuition bm and bi.hehe

cikgu yang ajar aku tu cikgu SEPINTAR.kiteorang panggil dia cikgu kamisan.seronok tau sebab dia banyak sangat pengalaman yang dia cerita. kat tuition tu biasalah ramai yang datang sebab kemahuan parents.so tiadalah semangat sendiri kan. satu hari tu cikgu kamisan tak ajar langsung sebab sesi 1 jam setengah tu untuk  tazkirah sahaja.

back to the point,cikgu tetap ajar dengan limpahan ilmu, tips,skill, rahsia untuk dapat A dalam bm.aku pon sebelum tuition pelik jugak karangan boleh je jawab. tapi susah benau nak dapat A.rupanya ada rahsia macam mana nak dapat A tu.



 di situlah keikhlasan berkongsi ilmu.

bila form 5.kiteorang ada 2 je cikgu kimia.dua2 guru cemerlang.. yang ajar aku guru kelas aku sendiri. Mss foo. kesian dia. pagi petang malam sanggup datang ajar kiteorang. lagi kesian sebab form 4 takde guru kimia langsung.jadi dua2 guru cemerlang ni kena ajar semua kelas form 4 and 5.
inilah semangat yang ditonjolkan!
mss foo rindu la!!!!

dengan semangat cikgu ajar kiteorang tak kira sampai tak de tempat pon cikgu sanggup ajar dalam dewan makan. Even satu hari tu,dekat gelanggang badminton walaupon panas.fuhhh..memang kuat semangat betul. kiteorang yang mendengar je ni pon dah penat.

zaman bilakah ini? 


 jadi tempat makan,tempat mesyuarat,tempat belajar, tempat tidur pon boleh!

ni dia gelanggang badminton

ustazah pon jealous dengan subjek2 critical ni.jadi ustazah pon dengan semangat jayanya suruh jugak buat program mentor and mentee untuk pendidikan islam. semua masa penuh!!! awal pagi sebelum beratur dah kena cop,petang waktu prep dah kena cop,jadi ustazah suruh lah program ni dijalankan waktu lepas sembahyang isyak dekat surau sebelum naik prep malam!

ni  puan mahadiah guru terbaik biology!!.

maafla ketinggalan zaman sikit

MEMANG SEMANGAT WAJA.

akhirnya result subjek kimia batch aku yang asyik fail waktu form 4,dapat yang tebaik waktu spm berbanding batch dolu-dolu...
ok nak tau lebih-lebih pasal seseri ke?meh masukkan adik-adik perempuan kat sekolah ni..sebab..
saya tak geti cerita la meh tengok blog ni

http://miminapis.wordpress.com/seseri/
memang semangat akak ni cerita pasai seseri


and one more adik yang baru abis spm
http://budakbaikjahat.blogspot.com/2010/12/my-school-rock.html


 PENDEK CERITA KALAU KITA NAK BUAT SESUATU KERJA TU MESTI ADA SEMANGAT KENTAL DAN KEIKHLASAN. BARULAH ADA HASILNYA.
sekian wassalam
semoga tahun 2011 ni kita semua lebih bersemangat!





3 comments:

  1. amal! asal buat cite lame!
    kan dah sedih terinagt seseri!!

    ReplyDelete
  2. tulah tgah nak tido teringat cerita lama~ =(

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt dik, :)

    Slam ukhuwah, salam seakidah. <3

    Nice to know u as my super junior. :)

    Love from New Zealand.

    ReplyDelete