4.1.11

sedih sangat!!!!!! kisah wahyu terakhir

kita menangis tengok babak-babak sedih dalam drama korea , melayu , hindustan ..
kadang-kadang baca novel pon boeh menangis juga..
jom luangkan masa baca artikel ni...!!!!! kalau anda cintakan RASULULLAH apa tunggu lagi?

SOURCE=http://www.scribd.com/doc/23124889/kisah-wahyu-terakhir


"Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan
[Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turunRasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan maknayang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar padaunta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya
pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh
itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini
adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke
Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu
oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka
mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah
sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidakdapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintudan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang
lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan
mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama
kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar
r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah
yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah
sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w.
Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-
kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka
mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.
Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari
rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis dengan suara

yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan
bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah
s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya
Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa
tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu
Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar,
dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir
dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun
menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula
mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua
malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-
pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan
beliau hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya ayat terscbut, ada pula yang
mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula
yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan untuk
mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah
s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua
yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas
mimbar dan berkata: "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya
adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan
izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang
pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang
mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya
sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang
lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku
ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali
sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:
"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu
saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun

menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi
anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang
mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya
hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta
tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul
kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu
pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid
menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan
berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di
pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah
s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai
Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah,
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah.
r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja
Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu
kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun
menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a.
dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu
qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah
s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera
beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a.
bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di
samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu
menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah
kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi
hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah
kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu
menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar
kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah
kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau
kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda
telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun
membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah
semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun
mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah
s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab
saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan
badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu
hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata:
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah
memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam
syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil
para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu
semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu
semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t
dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali
yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin
Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan
pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan
kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan
aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang
mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada
siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada
kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang
satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah
maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah
kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh
para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus
pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w.
bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi
ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh
Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a.
mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa
memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a.
telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal,
sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar
mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah
mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke
masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.
Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka
Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.
Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh
bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata: "Wahai kaum
muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan pemeliharaan Allah, oleh
itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua,
dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu,
kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak
izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal
lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail
sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:
"Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?"
[Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni
rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah
mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah,
Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan
malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya
kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah
r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku
telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia
memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah
orang itu?." Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang
akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-
perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur."
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat
perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun
berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama
dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun
menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan
mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk
mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk
menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu
tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di
manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit
dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah
dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah
s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah
dibuka, dan kesemua para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang
ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam
syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat
memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada
pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa
mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar
kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu
dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada
beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga
shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah
mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga,
saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai
Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang
gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu,
kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah
kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
Pembaca sepatutnya mengalirkan air mata semasa membaca kisah ini. Berapa
ramaikah kita menangis mengenangkan kisah nabi, mungkin yang paling banyak
orang yang menangis ialah apabila mereka melihat wayang yang berunsur sedih
  

No comments:

Post a Comment