24.10.10

andai aku mati

andai aku mati,
aku ingin mati dalam Islam.
ashadu an la ilahaillallah wa ashadu anna muhammadarasullullah..

andai aku mati,
aku ingin mati dalam keadaan beriman.
ya Allah,Kau ampunilah dosa-dosaku dan terimalah taubatku..

andai aku mati,
aku ingin mati tanpa kederhakaan terhadap orang tuaku.
mak ayah ampunkan dosa-dosaku dan redhailah diriku...

andai aku mati,
aku ingin mati tanpa sebarang pertelingkahan dan permusuhan.
maafkanlah aku teman aku hanya insan biasa..

andai aku mati,
aku ingin mati tanpa sebarang hutang.
halalkanlah segala apa yang ada padaku dari dirimu..

andai aku mati,
aku ingin mati dalam keadaan tenang.
janganlah kau meratapiku dan susulilah aku dengan doamu..

andai aku mati,
aku ingin mati dengan meninggalkan wasiat.
tunaikanlah wasiatku sebagai amanah yang terakhir..

andai aku mati,
aku ingin mati dengan kegembiraan untuk bernemu Tuhan Yang Esa..
 maafkanlah diriku yang hina ini danrelakanlah pemergianku..

moga kita semua dipertemukan di dalam syurga kelak....amin

No comments:

Post a Comment