23.10.10

cuba baca....

Walau bagaimana besar sekalipun darjatmu di dunia ini,
satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.

sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini,
satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.

walau banyak manapun ketawamu di muka bumi ini,
satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.

sebagaimna kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram,
satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.

walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul,
satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masukke perut bumi.

walau bagaimana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini,
satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.

walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur di atas muka bumi ini,
satu hari nanti kamu tetap akan dihina didalam perut bumi.

walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini,
satu hari nanti kamu akan tetap keseorangan.

1 comment: