Daisypath Graduation tickers

30.11.10

PLEASE SAY I LOVE YOU

umm...susah betul nak bercinta dengan  awak...mr B..
kenapa awak complicated sangat...

dulu waktu sekolah saya suka giler2 kat mr M ni..
sampailah sekarang...

saya sedih sangat..!!!   =(
kita terpaksa berpisah...mr M
tanpa restu kedua ibu bapa kita..
kita tak mungkin bersama..

tapi takdir saya,memang jodoh dengan awak panjang tau....MR B
jadi awak kena pastikan saya cakap i love you kat awak...
awak jangan sia-siakan masa kita bersama.... sangat la lama..
tapi saya rasa,saya yang sia-siakan awak...

untuk mengelakkan hypertension yang berlaku ketika bersama awak...
inilah ubat saya...hahahaha


p/s=WAKTU KAT SESERI CIKGU MAHADIAH HADIAHKAN SAYA COKLAT...TU SEMANGAT BERCINTA DENGAN MR.B... I LOVE U CIKGU~HEHEH

MR M=mathematics
MR B=biology

meh2~amalkan insyaallah

Doa Elak Cabul dan Rogol


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.  from ustas zaharuddin

28.11.10

contest :: kids & baby photo contest

I'd been tag, by musafir melayu
thanks, never thought that I would be tag by someone for a contest :)
So, like I said, this is a contest. Details are as follow:


The Banner of this contest

syarat -syarat penyertaan.


1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya.http://sweetlikekisses.blogspot.com/
Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)
tq
2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

so, alert ya kawan2....anda suda di tag
wan zahidah
kak hazirah
tag perempuan jugaklah!


3. letakkan banner contest di sidebar anda.
ok

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..
comel2

anak buahku bernama syazwani =p


5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.
baik
6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.
ok
7.wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.
ya
tarikh tutup sehingga 15 DISEMBER 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)

accepted
hadiah yang bakal dimenangi ialah
earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

26.11.10

life is so unpredictable (ONE)

salam semua,
hari ni nak share something..

situasi 1

si A selalu berdating dengan si B dekat sekolah...
dalam kelas ke kantin ke mana-mana mesti ada mereka berdua.
di sekolah mereka adalah sepasang kekasih yang dikenali ramai.

kawan si A pulak seorang perempuan biasa iaitu si F
boleh dikatakan si F ni lebih baik dari si A.
tak pernah berdating,tak pernah bercinta.

malah si F ni berasa benci dengan perbuatan si A.

beberapa tahun kemudian,setelah masing-masing melanjutkan pelajaran
di universiti.

siapa tu?s eorang perempuan asing yang tak pernah mereka lihat di kawasan perumahan mereka.

ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang memakai jubah dan bertudung labuh beserta purdah itu.
sangat-sangat sopan, cantik..lembut..

persoalan mereka terjawab apabila memandang mata perempuan asing itu.
ya..dia adalah si A,yang dahulunya terkenal dengan kisah percintaan bersama si B di sekolah.

manakala facebook si F menunjukkan  in relationship with si Z..
dahulunya sangat membenci perbuatan itu..dan akhirnya dia yang terjerumus ke arah itu.


PEOPLE  CHANGE.

surrounding kita sangat memainkan peranan..
si A berubah kerana pengaruh baik rakan-rakan SEKELILING dia.

si F berubah kerana pengaruh teman-teman kolej yang menjadikan "COUPLE" sebagai trend.

ni sekadar contoh salah satu situasi yang saya tengok sendiri,
banyak lagi situasi berbeza-beza yang berlaku..

jadi,sebelum lidah kita ni berbisa mengeluarkan kata-kata,
tengok-tengok diri kita dulu ye..takut terjebak pulak in the future nanti...

so,DECIDE NOW!!!! choose the right path...insyaAllah

25.11.10

Virtues Of Pregnancy In Islam

source=http://www.shariahprogram.ca/


When a woman is pregnant with a child, all the angels will make Istighfar (repentance) on her behalf.
Allah SWT will, for each day of her pregnancy, write for her 1000 good deeds and erase from her 1000 bad deeds.
When a pregnant woman starts to feel the pain from contractions, Allah SWT will write in her records as someone who is doing jihad (spiritual or physical struggle) in His path.
When a woman becomes pregnant by her husband and he is pleased with her, she obtains the reward of a person engaging in fasting for Allah SWT and a person spending the night in ibaadah (worship).
A woman from the time of pregnancy until childbirth and weaning the baby, is like the Mujahid (someone fighting in the path of Allah, swa) who is stationed on the frontiers of the Islamic land. If she dies during this period, she dies the deathof a shahid (martyr).
 Two raka’at salaat performed by a pregnant woman is better than 80 raka’at salaat performed by a non-pregnant woman.
A woman who is pregnant gets the reward of fasting during the day and of doing ibaadah (worship) during the nights.
A woman who gives birth gets the reward of 70 years of salaat (prayer) and fasting. For each vein that feels pain, Allah SWT gives her the reward of one accepted hajj (Pilgrimage to Makkah).
If the woman dies within 40 days of giving birth, she will die as a shahid (matyr).
(Hadith)…….”A woman that dies in her virginity or during her pregnancy or at the time of birth or thereafter (in nifaas) will attain the rank of a martyr”
Nabi(salalaallahu alayhi wassallam) is reported to have also said “…When her labour pains commence, the inhabitants of the earth and the sky are unaware of the stores of comfort that are prepared for her. When she delivers and breast feeds her child, then she will be granted a reward for every gulp of milk, if she had to remain awake during the night for the sake of the child, she will receive the reward of emancipating seventy slaves in the path of Allah Ta’ala. O Salaamat! Do you know who these women are? They are pious, upright, with a delicate nature yet obedient to their husbands and not ungrateful to them”

19.11.10

aidiladha...

hari aidiladha,kakakku masak nasi minyak la,roti jala la...sedap..
dia pandai masak macam2...cheese cake ke kek coklat ke cakap je apa2 dia boleh masak....huhu

jadi ni sebuah cerita untuk kakak kakak ku hehehe



ni anak buah ku,,,,umur tak sampai 2 tahun jangung..sebab dia tengah makan jagung
meh-meh makan!!



sebelum makan baca apa?????


baca bismillah maksu....

maksu=pandainnya~hahahahaha
malu-malu selepas menerima pujian...
sambung makan lagi...


ahhh...pedas!!pedas!!
sampai meleleh air mata...
jagung mana ada pedaslah!!!! nyum..sambung makan..

the end(tahpe menda tah)

kuew teow kungfu

nak simpan supaya tak lupa cara nak buat walaupon senang..
jom try!!!campak-campak je dalam periuk siap hehe

kuah/sup kungfu
1)minyak,2 bawang putih,3sudu bawang yang dah blander..
2)masukkan yam ke sotong ke...udang ke..fishball ke..
3)then,letak sos tiram sebati dengan bahan-bahan
4)masuk air dalam 2 setengah gelas besar
5)lima batang cili padi kecik warna hijau,gunting-guntingkan dia...
6)buh kicap secukup rasa,buh sos tiram lagi secukup rasa..letak garam satu susu kecik,n cube ayam 1
7)pecahkan telur..pastu masukkan...godek-godek godek
8)dah mengelegak letak tepung jangung dengan air sikit untuk pekat..
8)masukkan segala sayur...SIAP!!!

sedap!!!


kuew teow
1)rendam jap,basuh2 sikit
2)pecahkan telur..letak black pepper skit..lada sulah and campurkan kuew teow dalam telur tu..
3)then gorengkan dia seperti goreng telur......

agak tak kemas ye..hahah

SELAMAT MENCUBA!!!

17.11.10

mind control by illuminati

sekarang ni perasan tak ada simbol mata satu kat mana-mana?
macam dalam filem ke.tu simbol illuminati-dajal memerhatikan kita untuk tunaikan agenda dia yang terbesar=jatuhkan umat islam

video ni menunjukkan serba sedikit tentang pengaruh illuminati yang semakin berleluasa..jeng jeng




macam-macam dugaan kan yang boleh menyebabkan kita lalai...
semuanya adalah salah satu cara yahudi nak jatuhkan islam secara belakang tabir....
kalau kita dah terpengaruh dengan sesuatu yang tak elok untuk diikuti... cepat2 ingat firman Allah dalam
surah AL-BAQARAH ayat 12o

dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ''Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya) .'' Dan jika engkau mengikuti keinginaan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu,tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.

wallahualam



p/s=kalau ust syaari ab rahman buat talk tentang illuminati memang best!!!!
       baru dapat rasa yang sebenarnya dajal tengah berusaha sebarkan pengaruh jahat dia...
       

16.11.10

nak kongsi sikit je

kenapa nak jadi doktor?
(ada kaitan dengan saya)
http://saifulislam.com/?p=402


kenapa kahwin awal?
(tak ada kaitan ye,saja nak kongsi =p sekian)
http://niqobgirl.blogspot.com/2010/11/perkongsian-kahwin-muda.html

rasulullah s.a.w

“Hanim, esok Maulud Nabi.”
Perasaan yang mula-mula hadir ketika aku mendengar perkara itu dari seorang sahabat, ialah sedih. Entahlah, hati serta-merta menjadi sayu. Airmata terasa bergenang.
.
Aku teringat kepadanya. Nabiku..
رَضِيْتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِْسْلاَمِ دِيْنًا وَبِحَمَّدٍ نَبِيًا وَ رَسُوْلاً
“Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku dan Rasulku.”
.
Ya, jika ada antara kita yang terlupa, maka izinkanku mengingatkan. Aku ada seorang Nabi… Allah yang beri. Allah telah mengurniakanku seorang Nabi untuk aku taati. Dan Nabi itu telah bersusah-payah, mengorbankan seluruh hidupnya untukku. Nabi itu telah menderita, terseksa, menahan cacian makian, lapar dan dahaga, terluka, cedera parah, serta menyabung nyawa untukku. Suka duka dirinya, tidak lena tidurnya, keluh-kesahnya, kebimbangannya dan airmatanya adalah semata-mata kerana merisaukan jika aku tidak jumpa jalan pulang ke syurga. Dan Nabi itu tidak meminta balasan apa-apapun dariku. Bahkan semuanya dilakukan dengan rasa rindu kasih dan rela. Sampai ke detik-detik akhir hayatnya, ketika sakit menghadapi malaikat maut, dia masih menyebut-nyebut tentang aku umatnya.
Di atas penat-lelahnya, darahnya dan pengorbanannya, maka aku dapat Islam hari ini. Di atas penderitaaanya, maka aku ada peluang untuk ke syurga.
.
Tetapi aku pilu dengan keadaan umat pada hari ini. Islam yang dengan bermati-matian diperjuangkan dan diwariskan oleh Nabiku itu tidak dianggap mulia sekarang. Bahkan ia dipandang buruk, bosan, mundur, ganas, bahaya, kolot, merugikan, merosakkan dan menyusahkan. Umatnya pula, dipijak-pijak, dibunuh sesuka hati, miskin dan tertindas. Sebahagian yang lain pula, sudah lupa diri dan lupa orang lain, sudah riang gembira masuk dalam kepompong gelap, hanyut ke lautan keingkaran dan karam.
.
Maka malulah aku kepadanya.. malulah aku kepada Rasulku itu. Sunnahnya yang terbesar masih belum cukup kulaksanakan – dakwah. Selawatku juga tidak seberapa. Pasti baginda sedih dengan keadaanku. Mungkin juga marah padaku.
.
Maka apa yang dapat kulakukan pada hari Maulud Nabi?
Aku menangis. Kerana aku tidak tahu. Aku menulis. Dan aku membaca lagi tentang dirinya. Cuma menambah ledakan tangisku saja. Maafkanku. Aku telah banyak mensia-siakan pengorbanan Rasulku itu dan orang-orang Islam terdahulu. Semoga Allah membayar semua penderitaannya dengan kebahagiaan di syurga sana, dengan nikmat-nikmat terhebat yang tidak mampu terfikir oleh akal manusiaku, memberi baginda kedudukan yang paling tinggi dan terpuji.
.
Dan moga Allah menyampaikan padanya salam rinduku….
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.
Wa ‘ala aalihi wasohbihi wasallam.
.
Galway
12 Rabi’ulAwwal 1429 H, 1.30 am

15.11.10

apa tindakan anda?

salam semua..
rasa macam malas je nak update blog sebab macam tak ada orang baca je rasa..
tapi..
tidak!!!
sebagai khalifah kat muka bumi ni,saya mesti jaga agama saya,
maksud saya wajibnya bagi kita laksanakan amal makruf nahi mungkar..

saya ni bukan la perfect sgt.
tapi insyaallah doa-doakanlah saya istiqamah ye untuk jadi lebih baik dari masa ke semasa..

ok sekarang ni, jika nak di bandingkan dengan zaman jahiliah..
zaman kita ni lagi teruk..
tahap islam zaman jahiliah boleh dikatakan 0..
tapi..
zaman kita ni dikira negative....
tengoklah sekarang anak luah nikah,bunuh mak,bunuh ayah,macam-macam..
banyakkan?
jadi apa tindakan saya dan anda?

kalau kita asyik cakap,
"aku ni bukan nya baik sangat,pastu nak nasihatkan orang macam la orang dapat terima..''
tapi sampai bila kita nak biarkan perbuatan maksiat tu makin berleluasa..

ALLAH berfirman dalam surah AL-A'SR.

Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran


kalau anda nampak saya macam makin teruk ke tak salah anda nasihatkan saya,
tapi mestilah dengan cara berhikmah
nabi pon berdakwah tanpa marah-marah dan berhikmah..
baru orang dapat terima,
tapi kalau dia tak dapat terima nasihat kita,
nak buat macam mana..
kerana hidayah tu milik Allah..

kadang-kadang saya pon tak kuat nak nasihatkan orang..
tapi tak pelah saya jadikan blog ni sebagai tempat berdakwah kadang2 termerepek kat blog jangan layan sangat ye..

saya pun takut kalau selama ini ibadah tak diterima Allah ..nauzubillah,..
kadang-kadang kita tak jaga hubungan dengan mak ayah pun susah..
sebab keredhaan Allah terletak pada keredhhaan mak ayah..

baik saya janji nak improvekan lagi diri yang tak berapa baik ni!!!!!insyaallah amin..
doakan saya ya..
mintak maaf kalau sepanjang saya berkawan dengan anda semua,
ada kecil hati ke,mengumpat ke..apa ke..
mintak maaf sangat2!!!
kadang2 kita tak sedar kita buat dosa...
sebab dosa tu zaman sekarang macam di pandang ringan je!
ishh amalina,ingat2 jangan macam  tu...


ok last sekali kita semua tahukan hadith ni..
kita nak selemah lemah iman ke?tak nak kan..
jadi anda yang menentukan nak jadi pilih terbaik ke tak nak..
moga kita semua dilindungi Allah dunia akhirat amin

Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."
(hadith Riwayat Muslim)

13.11.10

solat istikharah nak pilih mana ni?

ok. tak tau nak pilih mana satu..kedua-duanya sangat menarik...
tapi..
um,ikut cakap mak lah..lagipon ramai cadang kan B ni..
ok..dah2 jangan fikir dah!!
insyaallah pilihan yang tepat..

12.11.10

fadhilat surah kahfi.amalkan setiap hari jumaat..better hafal je..insyaallah

www.iluvislam.com

Persoalan tentang alam ghaib hanya didengar melalui dalil-dalil. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dan lain - lain. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bagaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga tentang dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah. 

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda: 

“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

“Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai Nabi. Ingatlah, tidak ada lagi Nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

“Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.” 

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya dajjal nanti, Madinah dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Allah dan RasulNYA telah ajar cara untuk mengatasi fitnah dajjal. Antaranya ialah dengan menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, nombor 809 yang bermaksud:

Dari Abu Darda' r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal."

Dan satu lagi hadis dari kitab Al-Dhurr Al-manthur oleh al-Suyuti (5:355) yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya."


4 kisah dipaparkan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Kahfi.


Segala hadith Nabi s.a.w. menjelaskan tentang keutamaan membaca surah ini pada hari Jumaat dengan manfaat terbesarnya ialah: terselamat dari Fitnah Dajjal.



Bermula daripada kisah Ashaab al-Kahf, ia diikuti dengan kisah pemilik dua kebun bersama sahabatnya yang Mukmin, disusuli pula dengan kisah Musa bersama seorang hamba yang soleh (Khidr) dan disempurnakan dengan pembentangan kisah Dzulqarnain.




ABU SAIF @ www.saifulislam.com