13.4.11

be rational or rationalist????

salam semua.
alhamdulillah hari ni presentation untuk subjek UNGGS dah tamat.
tajuk saya what is wrong with rationalism..
firstly,waktu dapat tajuk tu,definition dia pun tak tau..jadik hentam jelah pilih tajuk tu.
lepas researh punya reseach still tak dapat nak jawab soalan what is wrong..
jawapan dia mesti jawab wrong jugak sebab dia bukan dalam islamic worldview.tapi islam kan suruh kita gunakan akal fikiran untuk berfikir??

alhamdulillah,persoalan terjawab bila buat status kat facebook.can we be a rationalist.?
jadi,jawapan dia tak boleh sebab rationalist,principle dia based on reason only.
but as a muslim kita perlu jadi rational,
boleh fikir out of the box but within RELIGION BOX macam ustaz latiff kata =)
ALLAH berfirman ,
“Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.” (Al-Jathiah:13) 


boleh dikatakan waktu hari presentation ni sangat-sangat kelam kabut sebab prepare waktu rehat..tapi ayat2 quran dah search dah awal-awal.jadi saya budget buat simple2 jelah.sebab minggu lepas waktu kawan dalam kelas present,baru bagi definition je ustaz terus tanya soalan.
kesimpulannya, saya pun prepare text pendek jelah.
unfortunately,hari ni semua presentation bapak panjang dorang bagi!
jadi sya pun tambahlah apa yang patut waktu rehat tu,ayat tunggang langgang bila kat depan jadiknya =p


bila fikir balik,macam manalah pendakwah-pendakwah bebas ISLAM yang berjuang sampaikan dakwah,mesti kena pandai bagi dalil-dalil,hadith-hadith kalau orang mintak bukti...dan mereka dapat jawab dengan tenang je.
hari ni jugak saya terjumpa facebook ustaz syed mohd norhisyam.
waktu tengok picture profile dia, wah sempoinya orang ni pakai kain pelekat je. rupanya dia ustaz yang bagi kuliyyah halqah tajuk password doa,
tengok2 gambar ustaz, banyak gambar ustaz yang sempoi je...main bowling pun pakai kain pelekat! =p
lepas dengar ceramah dia best sangat.banyak ilmu2 baru saya dapat.
dan yang kelakarnya bila ustaz cerita kita tak boleh gopoh-gopoh waktu berdoa,
macam makcik ni,dah abis sembahyang waktu nak doa tiba2 hujan.diapun cepat2 doa sebab nak angkat kain.nak tau dia doa macam mana?
"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..YAALLAH, MACAM BIASALAH DOAKU."AMIN..
tu je dia doa haha sebab tergopoh2 nak angkat kain.tak pon ada orang yang berdoa tapi mata dok pandang telekung orang depan,wah cantiknya telekung dia..
pendek cerita,ustaz kata waktu doa kita kena mintak betul2..
kalau kita mintak kat orang main-main,orang pun tak nak layan kita kan...

oklah jom kita renung dan muhasabah diri sebentar dan kenali diri kita sebenar...

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam
kebanyakan jin dan manusia,
mereka mempunyai hati
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)
dan mereka mempunyai mata
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah
dan mereka mempunyai telinga
(tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS Al A’raf 179)

No comments:

Post a Comment