Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya  menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai  pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak  peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan  sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang  wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada  pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika  itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar,  Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk  menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai  1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol,  Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja  tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan  oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah  memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik  kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di  Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak  riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik  sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke  Madinah. Alhamdulillah, segalanya berj alan lancar hinggalah kami sampai  di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.  Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa  nita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja  kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak  sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah  itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni  sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya  tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik  dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan  menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia  ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita  tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh  dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan  masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu  masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor  untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita  itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu  saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di  hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya  menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita  tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak  sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan  diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya  berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk  memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital  Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu  hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital  madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual  haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan  ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan  gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh  doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,  keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk  menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu,  akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka  sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang  wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil  menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan  muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya  bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..  kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda  yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa  pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih  terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab  pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada  saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu  diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah  berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.  Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun  kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat  kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan  suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu  Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab  dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah  kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul  Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang  balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan  syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak  pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara  api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.  Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan  itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang  dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh  ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan  main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke  dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan  pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya  lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak  diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman  sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan  suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa  nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut  kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut  kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti  menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh  nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis  teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya  dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar  ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.  "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main  judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan  dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu  kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi  pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu makan buah-buah  itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu,  duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia  menikam pula perut kakak".
Sedangkan jari yang tercucuk  jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk  kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak  diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu  ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus..
Panasnya  cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama  dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,  tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.  Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.  Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak  alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus  mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran  Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah  kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi.  Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa  kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan  ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau  kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan  kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa  yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung  mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha  Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya..  Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima,  kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.  Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini  bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu  sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan  kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil  menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar  berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling  warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu  pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya  semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak  sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri  kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat  ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah  kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu,  sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula  sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia  berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan  melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan  yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan  supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak  boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.  Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,  Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita  itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan  Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah  tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak  mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok  undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam  yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya,  maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok  sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi  Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang  tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.  Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari,  kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak  ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz  supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak  nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada  nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk  Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi  seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu,  saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.  Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar  solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab  semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong,  kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi,  cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang  digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia  bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat  membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,  syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal  dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh...  memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu  dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU  KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM  SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"
Wassalam.
SORCE=http://seutastasbih.blogspot.com/2011/05/koma-di-tanah-suci.html
 

 
 

No comments:
Post a Comment