28.5.11

tawadhuk

Tawadhuk
Petua untuk melepaskan diri daripada bahaya takabur ialah:

1) Jika anda menemui orang jahil dan orang fasik, maka katakanlah (beritahu) pada diri anda sendiri iaitu: "Orang itu melakukan dosa kerana dia jahil, padahal aku ada ilmu kerana hajat Allah Ta'ala yang begitu tinggi terhadap diriku, tergamak melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa orang itu lebih baik (mulia) daripada aku."

2) Sekiranya anda ternampak kanak-kanak, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Kanak-kanak ini kalau melakukan dosa tidak diseksa Allah Ta'ala. Tetapi, kalau aku melakukan dosa, diseksa Allah Ta'ala. Maka tidak syak lagi bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada aku."

3) Jika anda menemui orang alim, maka anda katakan dalam hati anda iaitu: "Orang ini dikurniakan Allah Ta'ala ilmu, sedangkan aku tidak dikurniakan sepertinya. Maka tidak syak lagi bahawa orang alim lebih mulia daripada aku. Sepatutnya aku bersopan santun dihadapannya (merendah diri)."

4) Sekiranya anda menemui orang tua, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Orang ini lebih tua daripadaku, tentu ilmunya pun banyak daripadaku kerana dia banyak melihat dan mendengar. Maka tidak syak lagi bahawa orang tua ini lebih mulia daripada aku."

5) Kalau anda ternampak semua binatang, maka dalam hati anda katakan iaitu: "Binatang ini tidak berdosa, tidak diseksa Allah Ta'ala. Sedang aku diseksa Allah Ta'ala kerana melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa binatang ini lebih mulia daripada aku."

Keitika itu juga anda akan tahu dan sedar bahawa diri anda itu tidak memilki kemuliaan walau sezarah pun iaitu selepas anda merenung diri anda. Bahkan diri anda itu amat hina, serba kekurangan, bebal dan jahil daripada orang lain walaupun anda memiliki martabat yang tinggi, keturunan yang mulia, sangat alim dan bijak daripada orang lain.

1 comment: