Assalamualaikum semua,
Hari ini saya nak share perasaan saya.eceh ni tak ada kena mengena dengan perasaan cinta ke nak kahwin dah ke. Kita cerita biasa-biasa je okay :p actually semenjak masuk UIA ni waktu foundation kat uia pj,bila result exam keluar,saya steady je sebab saya tau performance saya macam mana kan waktu jawab exam tu. tapikan semenjak dah ambil degree ,setiap kali dapat result je mesti hati berdebar-debar sebab kita dah prepare ..baca tu baca ni.pendek cerita,saya bacalah jugak untuk exam tapi tapi tapi cara permarkahan untuk medical course ni kan minus marking.maknanya korang kena jawab soalan yang betul2 sure seratus percent betul.kalau korang just guessing the answer and then salah kenalah tolak markah.means kalau korang betul 3soalan and 2soalan salah, jadi 3-1 dapatlah satu markah je...errr kejam kan?? Sebenarnya bagi saya system ni bagus untuk train supaya bakal-bakal doctor ni buat keputusan untuk diagnose penyakit dengan tepat dan bagi treatment yang betul kat patients.hmm kalau salah kenalah tolak markah..jadi kalau tak sure janganlah main jawab je eh!!! Tulah pengajarannya,
errr i need to change!!!saya ni suka jawab semua soalan walaupon soalan tu 50-50 tak sure and sure tetap nak jawab jugak!!!so result pon hancusss le jawabnya.okay.i am different now tak pernah rasa debar-debar setakat ambil result periksa dulu..tak ada perasaan langsung but now..perasaan cuak tu sangat kuat!!sampai tangan gigil-gigil nak tengok result end block exam dulu..
Balik-balik je dari tengok result exam hari isnin lepas saya rasa down gilerr. kita dah buat betul-betul tapi tak sangka result terukkan bukan sedih sangat sebab result tu, cuma....terbayangkan macam manalah kat akhirat sana saya dapat keputusan amalan saya yang tak seberapa ni,dosa yang bertimbun-timbun layak ke saya dapat buku amalan dengan tangan kanan nanti?yaAllah sedih sangat ,tak pernah rasa sedih macam ni lepas ambil result.serius bukan sedih sebab result periksa duniawi ni,cuma sedih tak tau kejayaan atau kegagalan yang bakal saya peroleh di akhirat kelak.semua orang nak berjaya di akhirat kan?macam-macam ujian dan cabaran kita tempuh kat dunia,dapat tak kita lalui itu semua dengan sabar? Kadang-kadang kita busy sangat dengan urusan dunia sampai lupa yang sebenarnya semua tu duniawi semata-mata..tapi bila Allah bagi kelapangan waktu, kita gagal untuk guna dengan sebaik-baiknya... YaAllah macam manalah layak ke saya ni di pandang Allah?
Allah maha pengasih lagi maha penyayang walau macam mana teruk pun saya macam2 Allah kurniakan rahmatnya di dunia ini. 1 rahmat diturunkan didunia ni dah terasa banyak sangat.nikmat iman,nikmat islam,nikmat sihat,nikmat beribu bapa,nikmat kesempurnaan anggota badan yang sangat perfect!!!! Lagi 99 rahmat.. Allah simpan kat atas sana,,bayangkan betapa lebih bahagia nya kat akhirat sana dengan 99 rahmat Allah simpan kemas untuk kehidupan di sana..
Ya Allah memang sukar jalan kita merentasi jambatan untuk ke syurga,hanya orang yang kuat sahaja dapat laluinya dengan jayanya. Saya cuma hanya mampu berdoa moga Allah kurniakan ketaqwaan,di tetapkan iman di hati, dikurniakan kejayaan di Akhirat dan keredhaan Allah semata-mata.itulah goal hidup kita sebenarnya-benarnya...
Saya cuma teringat,bila kawan saya ada yang jadi imam di masjid ada yang jadi bilal di masjid,suatu hari doctor yang ajar kami di lecture hall jemput mereka dan sediakan tempat duduk mereka di depan seolah-olah seperti VIP.mestilah bahagiakan bila doctor dah layan kita istimewa macam tu.
Tapi amat-amat bahagialah,itu baru kebaikan kita di sanjung manusia ..perasaan itu adalah lagi teramat-amat bahagia ,alangkah teramat bahagia jika Allah menjemput kita sebagai VVIP di akhirat nanti,tapi layakkah saya?Allahuakbar..wallahualam
Insyallah masih ada masa lagi,Allah sayangkan saya,saya masih bernafas untuk memperbaiki segala kesilapan di dunia ini.moga Allah kuatkan semangat kita semua untuk tetap teguh menempuh harungan dunia ini.amin ya Rab.
No comments:
Post a Comment