31.8.13

ramadhan syawal 2013

assalamualaikum atok! Atok apa kaba??(intonasi cerita pesan atok) hari ni kita post dalam bm jela eh. alhamdulillah second year telah pon berakhir. profesional exam yang pertama, sepanjang study week dua minggu memang sangat tertekan.yela nak revise semua notes first year and second year for each block, ingat sempat ke? nak-nak bila study week kat rumah memang tak jalan sangat. errk. alhamdulillah...rezki lulus berkat doa parents,atok nenek sedara mara,kawan2. and a very big thanks to my lovely friend Qistina disaat tertekan sebab tak dapat jawab essays drug and anatomy dengan baik. memang rasa macam boleh fail,down semua ada.nak teruskan study asek terbayang2 kan paper essays and short notes berapa markah yang dah melayang...tapi saat2 akhir Allah bagi pertolongan bila qis tolong terutamanya study untuk ospe exam. =p saya sangat beruntung sebab di kurniakan kawan yang sentiasa buat saya tenang disaat kegelisahan melanda. tq qis i love u!! hehe yaAllah, banyak2 kan doa je waktu tu. alhamdulillah janji Allah tu pasti! termakbul doa dalam bulan puasa ni. lulus jugak pro exam yang pertama. haiiyyyakkk!!!!! jom3~belajar lagi up lagi lepas ni.semangat untuk clinicl year pulak .memang kena belajar sungguh2,walaupon ada gangguan kesihatan ke perasaan ke,kita harus atasi. harap Allah permudahkan kehidupan sepanjang clinical year nanti.amin

ramadhan di rumah,seronoknye!!alhamdulillah,kehidupan sekarang, Allah masih bagi ruang untuk solat terawih berjemaah di masjid, di surau. sebab lepas ni tak taulah macam mana? masih berpeluang lagi ke bila dah kerja nanti? nak2 waktu jadi dokter pelatih. sedihnye. =( saya suka cuti,sebab boleh tengok tanyalah ustaz pagi2,boleh tengok cinta ilmu kat tv al-hijrah, semuanya waktu siaran. tak perlu bukak internet pon,bukak suiz tv,tengok free je. hehe ramadhan tinggal 2 hari je lagi! yaALLAH saya ada 200 pages untuk khatamkan dalam masa 2 hari?mampu ke? asek online je mana nak habis. erk. sepanjang study week 2minggu waktu nak pro exam dulu,teringin nak kongsikan tentang adab2 melawat pesakit. lepas ni kelas banyak kat hospital and akan selalu clerk patients,jadi macam2 sunnah nabi kita leh buat. tapiiii...... tak ada orang upload pulak video ustaz badli shah,tajuk dia adab ziarah orang sakit.seriously dengar dia cakap lagi best daripada type kat sini.. xpe meh saya list pendek2 kat sini,
1)niat ziarah orang sakit nak ikut sunnah nabi
2)doakan dia,doa pendek syafakallah/syafakillah 7x insya Allah sembuhlah dengan izin Allah
3)bagi kata2 penenang:minta bersabar,ujian dar Allah,dosa dihapukan,dinaikkan darjat.
4)Jangan takut2 kan pesakit tentang penyakit dia,ajal dia mungkin tak lama. say no to that words. 5)hmm ape lagi ye? ok nanti saya ingat saya tambah la ek.. heheh berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment