Daisypath Graduation tickers

28.4.15

pictures speak louder than words

salam semua,
tonight i want to share some pictures..mahallah umi kalsum has a good wifi connection compared during my time in mahallah tabari dulu, langsung tak dapat connection. jadi rajinlah nak berbloging sekarang ni =p
this is mr syukrimi and his mentees... he asked me to snap this picture... mr syukrimi loves to teach. he is very passion in delivering medical knowledge as well as giving strong motivation and islamic input to us... i like to join his class... everytime asking the permission to join the class, he will ask his mentee, "umarul, can they join the class..?" =p  then,after giving a bunch of knowledge he will say, "you just need to know from A to?? S..." we thought Z.
"why S? S for shukrimi"  *laughing

ok, this picture.. ramai kan join kelas? tapi ada je yang takde dalam picture.

malam sabtu, mr rafael buat kelas. siang tu dia datang dari HKL ke kuantan attending musculoskeletal seminar, but then he still eager to teach us that night! jadi saya pun join la oncall malam tu...meramaikan majlis!

Prof K belanja semua orang...
before that, prof K serang ward, but no body at ward! mana semua students? rupanya we all semua join kelas mr fazli dekat koridor hujung sekali. memang tak nampak! prof K datang buat spotcheck! yeah, almost 4 groups yang join teaching mentee mr fazli! semua dahagakan ilmu ortho. huhu then habis kelas mr fazli, prof K pulak ambil alih, sambung kelas!! sampai 2 setengah petang.. pengsan!!!

pinjam bilik POP untuk video presentation! actually we should use hard collar.. doctor memang perasan!dan tegur time video presentation. sebab soft collar je yang dapat kami pinjam.
sesi make up untuk mangsa-mangsa kemalangan nahas bas yang jatuh dalam gaung.
mayat bergelimpangan di luar bas.
sesi menyelamat masih diteruskan  walaupun hujan



secure the airway, breathing and circulation... ok how to do these in real situation?





end posting picture kenangan untuk doctors ortho! thank you very much sebab doctors semua awesome! and kami rasa di sayangi... =p forgive us for everything. may Allah bless all of our lecturers in teaching us to become a good and safe doctor.  thank you very much. pray for us.

27.4.15

salah faham dalam Islam

bismillahirrahmanirrahim..

ok let test our knowledge, kalau ada orang tanya soalan-soalan di bawah ni macam mana anda nak jawab?

1. kenapa nabi muhammad kahwin dengan aisyah ketika umurnya 6tahun?kan aisyah tu masih kanak-kanak?

2.Nabi Muhammad mempunyai isteri yang ramai? adakah nabi tinggi nafsunya? malah diluar sana, lebih kesat lagi gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

3.persoalan seterusnya, betul ke orang islam ini menyembah ka'bah?

4. orang kristian ada yang bertanya, siapa nabi terakhir? Muhammad ataupun Isa? Muhammad ke? tapi Nabi Isa akan turun pada akhir zaman nanti, jadi nabi Isalah nabi terakhir?

5.kemudian orang kristian bertanya, bilangan nama nabi muhammad cuma ada 5kali sahaja dalam Quran tetapi nama nabi isa ada 25 kali.lagi banyak dari nabi muhammad. tidakkah nabi isa itu hebat?

6. adakah islam ni agama yang beban sebab banyak perkara yang dilarang dalam islam.

7. kalau tuhan itu ada kenapa tak nampak tuhan?

beza islah dan dakwah. dakwah tu wajib bagi setiap muslim kepada non muslim. kita perlu sampaikan kebenaran iaitu kalimah la ilaha illallah muhammadurrasullullah. tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Islah pula adalah kebenaran dan peringatan tentang islam yang disampaikan oleh seorang muslim kepada muslim yang lain.
jadi berapa ramai diantara kita yang hanya melakukan islah sahaja... tetapi dakwah dilepaskan tanggungjawab nya begitu sahaja.

Allah Maha Adil. Allah tidak akan menghukum manusia atau mempertanggungjawabkan manusia sekiranya mereka tidak tahu. Allah utuskan Rasul Muhammad s.a.w. Nabi yang terakhir untuk menyampaikan kebenaran. tetapi diluar sana masih ramai yang tidak kenal Nabi Muhammad. Siapakah nabi Muhammad? Nabi Muhammad dihina, dicerca, oleh segelintir mereka yang bukan islam. Bukan semua orang bukan islam adalah kafir. tidak semestinya kerana mungkin suatu hari apabila mereka bertemu kebenaran mereka kembali kepada fitrah. menyembah kepada Allah yang ESA. malah mereka lebih suci daripada dosa-dosa mereka yang terdahulu ketika mereka masih jahil tentang islam.

Antara persoalan yang sering diajukan oleh orang bukan islam,

1. kenapa nabi muhammad kahwin dengan aisyah ketika umurnya 6tahun. adakah nabi tinggi nafsunya? malah mempunyai isteri yang ramai..

Nabi Muhammad berkahwin dengan Aisyah pada umur aisyah 6tahun. tetapi mereka tinggal bersama ketika aisyah berumur 9tahun setelah aisyah aqil baligh. cuba kita tanya balik.bilakah umur nenek anda dahulu ketika berkahwin? mostly,semua orang jawab, umur 9,10,11 tahun. zaman dahulu, ketika umur 9-11tahun, seorang perempuan itu sudah matured enough untuk uruskan keluarga. jadi nak dibandingkan zaman sekarang, umur 19tahun pun belum tentu lagi sudah matang untuk mendirikan rumah tangga. jadi, berkahwin pada umur 9tahun dahulu kala tidak sesuai untuk dibandingkan dengan zaman sekarang.


2.Nabi Muhammad mempunyai isteri yang ramai? adakah nabi tinggi nafsunya? malah diluar sana, lebih kesat lagi gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Isteri pertama nabi, Khadijah,seorang janda berumur 40tahun. ketika perkahwinannya bersama khadijah,nabi tidak pernah berpoligami. selepas khadijah wafat, nabi tak directly terus berkahwin dengan yang lain.
dalam bible itu sendiri ada mengatakan, Nabi Ibrahim mempunyai 3orang isteri, nabi daud mempunyai 99 orang isteri, nabi sulaiman pula mempunyai 700 orang isteri dan 300orang gundik.jadi, bagaimana pula dengan perkara yang dinyatakan sendiri dalam bible ini?

Nabi Muhammad mengahwini isteri-isterinya iaitu mereka bukanlah seorang anak dara. malah nabi banyak berkahwin dengan ibu-ibu tunggal untuk menolong mereka daripada kesusahan.pada zaman nabi, memang ramai berpoligami. selepas perintah Allah lelaki boleh berkahwin 2, 3 dan maximum 4 dengan syarat boleh berlaku adil. semua diperintahkan untuk meceraikan isteri2 mereka. hanya 4orang sahaja yang dibenarkan tetapi isteri-isteri nabi Muhammad mempunyai keistimewaan. dimana mereka adalah ummul mukminin iaitu mereka tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain. jadi selepas perintah Allah tentang berpoligami, nabi tidak berkahwin lagi tetapi tidak perlu menceraikan isteri-isteri baginda kerana keistimewaan mereka sebagai ummul mukminin dan juga isteri2 nabi Muhammad tidak pernah mengatakan bahawa mereka menyesal berkahwin dengan Nabi Muhammad.

jika nak dibandingkan dengan negara barat yang hanya membenarkan berkahwin sekali sahaja. lelaki lebih beruntung kerana mereka masih melakukan hubungan sulit walaupun mempunyai isteri. malah sekiranya perempuan simpanan itu mengandung, mereka tidak perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan kerana mereka hanya boleh berkahwin seorang, dan undang2 tidak mengatakan yang dia perlu bertanggungjawab terhadap anaknya. malah dia akan menyalahkan perempuan itu yang mungkin melakukan hubungan dengan lelaki yang lain selain dirinya. jadi itu merugikan pihak perempuan itu sendiri.

dalam islam,lelaki boleh berkahwin 4 dengan syarat boleh berlaku adil.jika tidak, cukuplah satu. sekiranya lelaki itu beriman dan  merasakan dia tidak mampu berlaku adil,dia tidak akan sekali-kali berani untuk berpoligami. berpoligami itu sekiranya adil,akan  membahagiakan tetapi jika tiada keadilan ia ibarat sebuah kehidupan neraka di dunia ini.

jika ditanya wanita islam, suka tak kalau suami kahwin lagi...kebanyakan nya menjawab tidak.
Allah kata benda yang kita tidak suka tidak semestinya tidak baik untuk kita.

jika ditanya pada lelaki,suka tak nak kahwin lagi?
kebanyakannya kata suka, tetapi belum tentu benda yang kita suka adalah baik untuk kita.

3.persoalan seterusnya, orang hindu mengatakan orang islam ini menyembah ka'bah

orang islam sebenarnya bukan menyembah ka'bah. tetapi orang islam hanya menyembah Allah yang Esa. kabah hanyalah satu kiblat arah yang sama untuk umat islam melakukan sembahyang supaya dapat menyatukan seluruh umat islam,untuk hanya menyembah Allah dengan arah kiblat yang sama.

bila kita tanya balik, orang sembah berhala,adakah dia akan pijak berhala dia? tidak bukan?
jadi kabah bukan lah berhala kerana umat islam ada yang pijak berdiri diatas kabah.

persoalan kedua, orang yang sembah berhala adakah mereka akan pijak gambar patung berhala mereka?tidak bukan? jadi kabah bukanlah berhala kerana setiap hari umat islam selalu memijak gambar kabah yang ada di atas sejadah untuk hamparan ketika sembahyang

4. orang kristian ada yang bertanya, siapa nabi terakhir? Muhammad ataupun Isa? Muhammad ke? tapi Nabi Isa akan turun pada akhir zaman nanti, jadi nabi Isalah nabi terakhir?

semestinya tidak, sebagai contoh anak andaa yang pertama bernama adam, yang kedua bernama isa dan ketiga bernama muhammad. apabila anak anda yang kedua pergi belajar keluar negara... setelah beberapa tahun anda kematian anak pertama dan anak terakhir. kemudian isa pulang semula setelah tamat belajar. adakah dia dikira anak bongsu? sudah tentu tidak kerana dia memang anak yang ke2.

5.kemudian orang kristian bertanya, bilangan nama nabi muhammad cuma ada 5kali sahaja dalam Quran tetapi nama nabi isa ada 25 kali.lagi banyak dari nabi muhammad. tidakkah nabi isa itu hebat?

dalam quran, wahyu diberikan kepada nabi terus melalui jibril. jadi, nama muhammad banyak  digunakan sebagai kata ganti nama iaitu ''engkau''. manakala nabi isa yang tiada ditempat kejadian, adalah orang ketiga  yang mana nama nya sendiri digunakan.

kalau dalam quran, nama nabi musa lebih 100 kali disebut.jadi adakah nabi musa itu lagi hebat dari nabi isa?
nama syaitan pula lagi banyak disebut, jadi adakah syaitan lagi hebat??? semestinya tidak sesuai sekali persoalan yang diajukan.

6. adakah islam ni agama yang beban sebab banyak perkara yang dilarang dalam islam.

tiada satu pun yang membebankan manusia. segala yang dilarang itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. permudahkanlah jangan disusahkan. gembirakanlah jangan ditakutkan. islam terletak kepada amalan dan akhlak baik kita...Allah tak bagi kita buat sesuatu kerana Allah sayang kita.

contohnya,seorang ibu,dia tahu api itu bahaya. tetapi anak dia menangis-nangis, memberontak nak main juga dengan api. tetapi si ibu masih melarang. kerana dia tahu itu bahaya untuk anaknya, ibunya lebih tahu dari anak nya yang kecil yang masih tidak tahu apa-apa. yang mana ibunya melarang kerana dia sayangkan anaknya dan kerana dia tahu api itu hanya akan memusnahkan hidup anaknya.....

7.next question, kalau tuhan itu ada kenapa tak nampak tuhan?
 satu kisah,cikgu atheist yang mengajar anak muridnya,dia memegang pen dan bertanya,
cikgu:murid, nampak tak pen?
murid:nampak cikgu.
cikgu:murid,pen ada tak?
murid:ada cikgu.
cikgu pun meletakkan pen dan tidak memegang apa-apa.lalu bertanya,
cikgu:muid,nampak tak pemadam?
murid:tak nampak cikgu.
cikgu:pemadam ada tak?
murid:tak ada cikgu.
cikgu:murid nampak tak tuhan?
murid:tak nampak cikgu.
cikgu:tuhan ada tak?
murid: tak ada cikgu.

seorang murid bijak ingin bertanya soalan dan dia dijemput ke depan.
murid bijak:kawan2, nampak tak cikgu?
murid:nampak.
murid bijak: kawan2,cikgu ada tak?
murid:ada..
murid bijak:kawan2 nampak tak otak cikgu?
murid:tak nampak.
murid bijak:cikgu ada otak tak?
murid: tak ada.

satu analogy yang dikongsikan,

Ahmad mencipta sebatang pen.di dalam dunia pen, pen beborak-borak sesama sendiri. "Ahmad adalah orang yang menciptakan kita. tetapi kita tidak nampak Ahmad."
"jadi Ahmad ni wujud ke tidak?'
"ya,kalau tidak siapa yang ciptakan kita?"
"tapi kenapa kita tidak nampak Ahmad?"
"sebab kita takde mata.jadi kita tak nampak Ahmad"
 Ahmad sebagai pencipta suka hati dialah nak letak mata ke tidak...

jadi,Allah tidak bagi kita pancaindera untuk melihat ALLAH itu dengan mata kasar kita sendiri... kerana Allah akan bertemu dengan makhluk ciptaan nya yang istimewa di akhirat nanti sekiranya merka beriman denganNYA. inshaALLAH, moga kita dapat bertemu dengan Allah di akhirat nanti.ameen

wallahualam.
sumber-perkongsian daripada brother shah kirit seorang pendakwah islam


 A078
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al-Hajj 22:78)



26.4.15

quran dan science

bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum semua yang sudi meluangkan masa.singgah sebentar untuk membaca yang mana sedikit sebanyak  saya dapat daripada program dakwah kontemporari fasa 1 dan 2. alhamdulillah Allah bagi semangat untuk refresh balik knowledge yang kita tahu.. dan gain knowledge yang kita tak tahu.. dan tahu apa yang kita tak tahu... jadi elakkan menjadi orang yang tak tahu tentang apa yang dia tak tahu dan perlu tahu.... ok pening eh? =p
nabi Muhammad kata,sampaikanlah walau satu ayat...

banyak sangat yang saya dapat dalam program ni, kita belajar tentang agama hindu,budha, kristian dan paling penting agama islam itu sendiri. alhamdulillah, rasa refreshed sangat2 lepas dengar the miracles of Al-quran... banyak sangat! rasa kalau boleh nak baca tafsir al-quran je 24jam yang mana semua ayat2 al-quran itu adalah kalam Allah. jom, kita baca ayat quran di bawah dan tadabbur memikirkan kebesaran ALLAH s.a.w.

antara kebesaran Allah dapat dibuktikan dengan science itu sendiri.
  1.  tentang teori big bang dan penciptaan makhluk2 di muka bumi ini.
A030
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
 (Al-Anbiyaa' 21:30)

2. kita belajar dalam science tentang 7 lapisaan atmosphere. yang mana dalam Al-quran Allah dah lama bagitahu..
 A029
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
 (surah al-baqarah,ayat 33)

3. kejadian manusia....dari janin.... daging membaluti tulang...
 A014
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al-Mu'minuun 23:14)




4.siang dan malam yang patuh beredar mengikuti masa yang telah diperintahkan.
A033
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
(Al-Anbiyaa' 21:33)



 5.Pertemuan dua buah laut yang tidak bercantum.

A019 Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
(Ar-Rahmaan 55:19)
A020 Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
(Ar-Rahmaan 55:20)

 6. kejadian hujan.
 A048 Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;
(Ar-Ruum 30:48)
 subhanallah!!! banyak sangat ayat2 dalam al-quran.. sebelum terbukti nya dengan science semuanya Allah dah bagutahu terlebih dahulu dalam quran!!! 
jadi, nak pasang azam yang dari dulu lagi... tak terlaksana dah lama dah... untuk khatamkan tafsir quran!!!
 moga Allah beri kita istiqamah, rajin, dan menjadi orang yang berilmu..amin


 A155 Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.


21.4.15

thinking about the future

salam semua,
lately, i'm always thinking about my future and was a bit worry...
i hope that in the future i will become a competent and very knowledgeable doctor. ameen
now, i'm already fourth year medical student. time flies!! 5years studying medical for me is not enough..although it was a very long journey compared to other course...

and congratulations to my seserian friends currently in their final moments to end their life as a undergraduate medical students. hope they pass their mbbs well. i have 1 more year to buck up. 1 more year with 5 blocks in 5th year... and each block has 7weeks. end block exam without study weeks.. then if passes all the blocks, proceed with professional examinations. and graduate. i'm very2 hope that this time, i can conquered all the medical knowledge that i should know, understand and applied later on during working... it is very difficult to be a doctor... the important thing you need to be a safe doctor. without knowledge you might harm you patient..

i like writting..sometimes when lost hope..feeling down.. when i scrolled my blog.. it reminds me again what is my vision and mission... i hope that i can be a good doctor... comfort my patient... doing my jobs well... and not complaining even though many barriers come to me... surrounding pressure.. all the negatives, i can bear with it. everything is lillahitaala. remember working is ibadah. start with good intention. if not you gain nothing. and again remeber that if you helps people out there, inshaAllah Allah will reduce your burden. if not here in this dunya.. it might be laterr in akhirah! remember that amal!!

1 more thing,,,,
don't worry to much!!!!
 lately,i'm often shared my worries  with nurul athirah hamzah.. she is a good listener and always gives motivation. thats why i like her...

so right now, just doing my best.. and important thing is just pray.. asks Allah to make things easier for me. asking dua from my parents. alhamdulillah, thank you mak sebab selalu doakan...
dr paeds,dr narges last time said that everyday she will recite surah yaseen and things went smoothly throughout her working day...

conclusion, everything, anything.. strenght??? it comes from Allah...
alhamdulillah...thank you Allah for everything!! Thank you Allah for your love..


lastly i end my writing today about prophet Muhammad s.a.w

BAGINDA RASULULLAH S.A.W. TELAH AWAL LAGI MENCINTAI KITA. ALANGKAH INDAHNYA JIKA CINTA ITU DIBALAS DENGAN CINTA.(HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID)


1.4.15

how to become a lovely teacher

salam,i want to share some tips today..as for me.. i have a dream to become a lecturer one day...inshaAllah..

today i am very happy because when i was doing my anaest posting in general operation theathre, i was surrounded by very kind specialist and MO who are not our lecturers.they are kementerian kesihatan doctors but still eager to teach us.

to talk about being a teacher,  good words are sedekah. we tend to get angry and scold students when they are not performing or not good enough or has poor knowledge. For me, as i am a student ,i can see actually how a teacher should be, what you need to do if you want your students good in term of knowledge and attitude. Actually to become a good teacher, you need to have a very strong heart, to become very patient teacher, even though  your students do not understand. just take a deep breath, explain again.. repeat and repeat again until they understand what you want to deliver. sometimes, lecturers like to judge students negatively..."ohh they know nothing, you are not studying." actually as a teacher you should give strong  motivation to your student. not to condemn them which this thing just make them far away from you and sometimes they will become uninterested to continue study and know more about the things that you want them to know.

for example, in this situation/ you as a teacher, you feel that, ahhh this student . why they are doing this..why you like to do wrong things..instead of complaining.. you should correct them and guide them properly...therefore, you will create a generations who are knowledgeable, has postitive thinking, good attitude... and skillful in their field instead of let them being neglected

all the best! mestilah berjiwa besar untuk menjadi seorang pengajar... besabar...bersabar dan bersabar... throw good words only... dont get too angry... be  approachable and lovely to your students! and the most important things is to tajdid your niah... your intention in teaching..lillahitaala. you are delivering the knowledge...it benefits people... benefits forever and ever..the chain of delivering the knowledge from one generation to another generation..the pahala will be doubled tripled...later. you still get the reward even after your death.