4.10.15

alhamdulillah!rezki2!


first time ternampak booth ni, wah! inilah kasut yang dicari2. bila tanya harga. rm150.
ada lagi satu longgokan rm100 which is clearance stock design lama2.
saya pon belek2 kasut yang rm100 tu. pastu akak tu tanya adik ok? pilih lah yang mana.saya pon takpe kak...berlalu dengan hati yang duka..
ronda2 lagi dekat verdeurfest tu, berhenti kat booth akak ni lagi. time tu tak ada orang.. tanya la akak tu, design baru ni tak dapat murah ke kak rm100 boleh? akak tu cakap, tak boleh dik rm150 ni pon dah sale. saya pon duk belek2 lagi kasut,cari yang rm100 tu mana size yang  sesuai..tapii....tak ada jugak.
akak tu kata adik baik ambil design baru2 ni. balik nanti puas hati,tambah rm50 je..
saya macam senyum jela...serba salah nak beli sebab duit cash kat tangan tak banyak... akak tu pon cakap, pakai kad bank pon boleh dik. saya dalam hati,akak kad bank saya baru hilang..huhu akak tu pon tanya adik ni uia student ke? medical? saya pelik sungguh,tak ada pulak pakai lambang2 uia. haha saya pon tanya, eh mana akak tau? uia kat sini kan semua medical based. kat uia ada bidang apa lagi? oh banyak,dentist,pharmacy pon ada... akak tu pon ramah. "adik akak ada 2orang amik medic jugak dekat rusia dgn indon.adik mesti pandai dapat dalam malaysia kan susah. sekarang mara pon dah stop tak bagi duit, tapi yuran kat sana murah 150 ribu je." borak punya borak, akak tu pon cakap. takpe adik, akak bagi hadiah rm50 tu. akak bagi adik rm100 je. yaAllah! apa lagi cepat2 pilih kasut yang berkenan dihati! alhamdulillah terima kasih akak hadiahkan saya! moga akak dimurahkan rezeki.ameen...

semua kawan2 saya kata wow,untungla murah rezeki!!!

apa yang nak saya share sebenarnya, alhamdulillah.betul!! memang rezeki ALLAH bagi.
sebelum ni dah berapa lama tinggalkan mathurat. pastu petang tadi sebelum nak keluar pergi venduerfest,saya baca mathurat, lepas tu istighfar sekejap sambil tunggu azan asar.

dan saya teringat hadith ni.
istigfar banyak2 sementara masih bernyawa. sucikan hati yang kotor ni. apatah lagi saya hamba yang hina nasihat ini lebih ditujukan buat diri sendiri.  mungkin rezeki rm50 yang Allah bagi ni je kita nampak,sebenarnya banyak lagi rezeki2 dan nikmat dariNya yang kadang2 tidak dihargai.... Alhamdulillah yaALLAH!!!!

No comments:

Post a Comment