Daisypath Graduation tickers

14.10.15

ziarah pesakit sunnah. doa pesakit mustajab.

salam.
seperti yang kita tahu ziarah pesakit tu sunnah. dan doa pesakit itu mustajab.
sebagai pelajar perubatan setiap hari akan pergi ward jumpa pesakit. kadang2 banyak tasks yang kena buat. kena buat assignment, seminar, case write up, penuhkan log book, cari case presentation, cari pesakit untuk short case. ya. memang setiap hari jumpa patients sampai lupa nak berniat ziarah pesakit.

mungkin setiap pagi sebelum ke kelas kena selalu niat belajar lillahitaala. dan juga niat untuk ziarah pesakit juga. bila jumpa patients, selalu nasihatkan mereka agar bersabar dan jangan lupa doakan mereka semoga cepat sembuh. doa yang pendek,syafakillah.

dan minta kepada mereka untuk doakan kita juga, kerana doa pesakit itu makbul.

waktu malam oncall di wad psychiatry, akak ni bipolar disorder. penyakit ni mood dia senang swing, sekejap gembira terlampau sekejap sedih terlampau. awal2 waktu oncall dapat interview dia. dia cerita kan segala masalah dia. dia luahkan perasaan dia. selamani dia kata dia simpan je dalam hati. dia kata semua berpunca dari masalah dia dengan suami dia yang suka pukul dia. hentak kepala dia ke dinding.

jadi,esok nya saya exam minta kebenaran untuk interview akak ni lagi sekali. dia pon kata boleh, "awak nak exam mesti akak tolong. mesti nak bagi lulus.tapi suami akak nak datang dah petang ni bawa akak balik.  tapi ada satu syarat awak kena belanja akak tudung satu. "

petang tu,memang suami dia datang. but then akak tu menangis waktu berbual dengan suami dia. bila saya lalu sebelah tu, akak tu lap air mata cepat2. suami dia pulak muka serius pandang saya macam tak berapa suka bila akak tu bagitau yang dia nak buat exam dengan saya.

lepas akak tu stable,suami dia pun balik sekejap,saya pun panggil akak tu untuk interview exam. waktu exam tu memang akak tu bagus semua dia cerita melainkan cerita tentang masalah suami dia.
"akak kat sini, taknak cerita apa2 tentang suami akak sebb akak tau suami akak cakap, kau kalau sakit masuk ward tapi kalau kau cerita keburukan aku dekat orang ramai kau ingat kau takkan masuk syurga"
ya memang betul pon, kita tak boleh reveal keburukan suami kita. tapi kenapa ya perempuan ni selalu kena tindas? bagi saya akak ni sakit pun sebab banyak masalah dia dengan suami tertekan dengan segala masalah yang dia share dengan saya. tapi disebabkan suami dia tu, pandai control mind akak tu. akak tu takut untuk meluahkan apa yang dia rasa. sampai terbuku dihati yang akhirnya burst jugak bila tak dapat tahan kan.

so sebelum kahwin tu, kena belajar ilmu perkahwinan ni betul2,tahu  hak kita sebagai isteri. tahu apa hukum2 yang ada..

lepas exam, akak tu tiba2 cakap "dr,tolong ya bagi dia lulus;tolong ya,kita kena tolong anak melayu kita,saya harap sangat dia lulus..bukan apa,dia pun approach saya bagus semua, kalau boleh saya nak dr bagi dia lulus"

saya macam,malu pula sebab banyak soalan yang tak ditanya dalam masa 10 minit short case tu, jadi apa2 pun berserah jelah. Moga next week,exam long case dan final teory  dapat buat dengan baik. terima kasih akak kerana doakan saya. saya doakan akak sentiasa sihat dan hidup bahagia dengan suami. moga suami akak berubah satu hari nanti.ameen.

wahai suami hargailah isteri anda, penat memasak setiap hari, uruskan anak sepanjang masa, cuba anda try buat semua kerja tu seorang2 selama sebulan mampu tak bertahan? inikan pula seorang isteri yang dah tak peduli penatnya selama bertahun2 tapi dilayan isterinya dengan pukulan dan herdikan. wahai suami sayangilah isteri anda, terimalah mereka seadanya. hargailah pasangan anda.
sekian.

No comments:

Post a Comment